Ikuti Kami:

Tahniah! Yoo Jaesuk Raih Anugerah Utama Kali Ke-15 Di ‘2020 MBC Entertainment Awards’

Tahniah! Yoo Jaesuk Raih Anugerah Utama Kali Ke-15 Di ‘2020 MBC Entertainment Awards’

Kelmarin telah berlangsung majlis ‘2020 MBC Entertainment Awards’ dan ianya dihoskan oleh Jun Hyun-moo, Jang Do-yeon dan Ahn Bo-hyun.

Menggembirakan apabila Yoo Jae-suk telah diumumkan sebagai pemerima Anugerah Utama (Daesang) berikutan kejayaan hebat rancangan “How DO You Play” yang dikelolakannya pada tahun ini. Ini adalah tahun ke-7 lelaki itu memenangi anugerah hebat itu di saluran MBC. Manakala kali ke-15 secara keseuluruhannya.

Terima ksih kepada ibu bapa dan ibu bapa mertua saya. Lebih-lebih lagi, buat isteri saya Na Kyung-eun. Saya mahu katakan ini. Saya berasa sangat bangga menjadi suami kepada Na Kyung-eun.

Anak lelaki kami Ji-ho kini berada di tahun 4 dan anak bongsu kami kini berusia 3 tahun. Mereka mungkin sedang tidur sekarang tetapi saya ingin ucapkan ‘saya sayang awak sangat’ kepada mereka berdua.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MBC (@withmbc)

Yoo Jae-suk juga terus mengucapkan terima kasih kepada kesemua ahli dan staf yang terlibat menjayakan program “How Do You Play?” selain tidak percaya bahawa dia yang pernah bekerja dengan pengarah Kim Tae-ho ketika “Infinite Challenge” dahulu akan berjaya lagi dengan program baru tersebut.

Tidak lupa, pengacara popular itu turut meminta semua orang mengingati mendiang Park Ji-sun yang baru-baru ini telah pergi meninggalkan dunia.

Tahniah Yoo Jae-suk atas kemenangan ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...