Ikuti Kami:

Tahniah! Suga BTS Dipilih Jadi Duta Jenama Mewah Itali ‘Valentino’

Tahniah! Suga BTS Dipilih Jadi Duta Jenama Mewah Itali ‘Valentino’

Selepas Ji-min, Suga adalah ahli BTS yang seterusnya dipilih menjadi duta buat jenama fesyen mewah.

Terbaru, Suga telah diumumkan sebagai duta baru untuk jenama mewah Itali ‘Valentino’. Pengarah Kreatif Pier Paolo Piccioli memuji Suga dengan berkata,

Dia adalah segala-galanya yang diwakili oleh testimoni DI.VA. iaitu kepelbagaian, keterangkuman, kreativiti dan semangat.

Sebagai tindak balas kepada jawatan barunya itu, Suga berkata,

Semua individu mempunyai impian dan nilai yang berbeza. Saya dan Piccioli telah menyokong kepelbagaian antara kami yang juga merupakan sesuatu yang saya percayai. Saya benar-benar gembira dapat menyertai kempen ‘Maison Valentino Essentials’.

bts suga

Untuk pengetahuan, Suga akan menyertai kempen koleksi ‘Maison Valentino Essentials’ yang dicirikan oleh pembangunan yang mudah, berskala dan berterusan untuk disesuaikan dengan sifat reka bentuk.

Tahniah Suga!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...