Ikuti Kami:

Tahniah! So Jisub Akhirnya Sah Berkahwin, Tiada Majlis Perkahwinan Disebabkan COVID-19

Tahniah! So Jisub Akhirnya Sah Berkahwin, Tiada Majlis Perkahwinan Disebabkan COVID-19

Rasanya semua peminat K-Drama tahu bahawa pelakon popular iaitu So Jisub (43) sudah pun mengakui bahawa dia sedang bahagia bercinta dengan bekas penyampai berita iaitu Cho Eunjung (26). Selepas di’kantoi’kan bercinta pada Mei 2019, lelaki itu dikhabarkan telah melakukan urusan jual beli hartanah yang bernilai puluhan juta bagi menyediakan rumah yang terbaik apabila berkahwin nanti.

Rupanya dalam senyap, pasangan So Jisub dan Cho Eunjung dilaporkan telah menjadi pasangan suami isteri yang sah apabila mereka mendaftar perkahwinan mereka pada pagi ini (7 April). Agensi pelakon lelaki itu iaitu 51K mengumumkan berita gembira itu kepada peminat dan menyatakan bahawa majlis perkahwinan tidak diadakan kerana wabak COVID-19 yang membimbangkan.

Hello, ini adalah 51K. Kami ada berita gembira untuk semua orang mengenai pelakon kami, So Jisub.

So Jisub telah membina satu hubungan yang berharga dan kini mengikatnya menerusi ikrar perkahwinan. Keduanya yang mengakui hubungan mereka pada tahun lepas, berjanji untuk menjadi pasangan bagi seumur hidup atas dasar percaya dan cinta antara satu sama lain. Sehubungan dengan itu, mereka telah mendaftar perkahwinan pada hari ini, 7 April.

so jisub dan cho eunjung berkahwin

Pasangan secocok ini juga dikhabarkan telah menyambut hari gembira ini secara senyap bersama ahli keluarga yang terdekat sahaja. Tak cukup dengan itu, So Jisub dan Cho Eunjung telah mendermakan 50 milion won (RM178,000) kepada pertubuhan ‘Good Friends’ bagi membantu kanak-kanak yang mengalami kesukaran dalam pelajaran dan memberikan mereka tablet PC dan gajet pintar untuk membantu mereka belajar.

Agensi naungannya juga meminta semua peminat dan orang ramai agar dapat mendoakan bahtera perkahwinan mereka akan belayar dengan baik. Selain turut meminta maaf kerana tidak dapat memberikan maklumat yang lebih lanjut kerana menjaga privasi si isteri yang bukan dalam kalangan selebriti.

Tahniah So Jisub dan Cho Eunjung!

Sumber: YTN

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...