Ikuti Kami:

Tahniah! Park Haejin Rangkul Anugerah Utama Di ‘2020 MBC Awards’ Dek Drama ‘Kkondae Intern’

Tahniah! Park Haejin Rangkul Anugerah Utama Di ‘2020 MBC Awards’ Dek Drama ‘Kkondae Intern’

Kelmarin telah berlangsung acara ‘2020 MBC Drama Awards’ dan telah dihadiri oleh ramai bintang terkenal.

Pertama kali sepanjang kariernya, pelakon Park Hae-jin berjaya membawa pulang Anugerah Utama (Daesang) berikutan lakonan hebatnya dalam drama “Kkondae Intern”. Malah drama tersebut turut dijulang sebagai Drama Terbaik.

Saya tak pasti sekiranya saya layak untuk menerima anugerah ini. Ia adalah Daesang san saya berasa bebanan di bahu, Ini adalah drama pertama saya di MBC sejak saya memenangi anugerah Pelakon Baru Terbaik pada tahun 2008, 12 tahun lalu. Terima kasih atas anugerah hebat ini.

park haejin daesang

Park Hae-jin kemudiannya memberitahu bahawa dia berasa gembira setiap kali berada di set penggambaran “Kkondae Intern” selain mendedikasikan anugerah itu buat rakan pelakon senironya dalam drama tersebut iaitu Kim Eung-soo.

Tahniah sekali lagi buat Park Hae-jin!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...