Ikuti Kami:

Tahniah! IU & Son Sukku Berjaya Raih Anugerah Di Majlis ’42nd Film Critics Association Awards’

Tahniah! IU & Son Sukku Berjaya Raih Anugerah Di Majlis ’42nd Film Critics Association Awards’

Wah! Tahniah buat para pelakon yang berjaya meraih anugerah di “42nd Film Critics Association Award”!

Terbaru, satu majlis anugerah, “42nd Film Critics Association Awards” diadakan di Hall of Federation of Small and Medium Business di Yeouido, Seoul.

Menerusi majlis anugerah tersebut, pelakon Son Suk-ku yang membintangi filem “The Outlaws 2”, berjaya meraih anugerah “Best New Actor Award”. Namun, malangnya, dia tidak dapat menghadiri majlis tersebut kerana sibuk menjalani penggambaran.

Dalam pada itu, Son Suk-ku juga sempat menitipkan ucapan,

Saya menang anugerah ini menerusi lakonan saya dalam “The Outlaws 2”. Apabila saya mendengar khabar ini, saya terus teringat kepada pengarah filem ini. Saya rasa untuk memenangi anugerah seperti ini, saya wajarkan dedikasikan sepenuh rasa syukur kepada pengarah. 

Setiap kali saya menjalani penggambaran, saya hanya ada satu tujuan. “Saya nak puaskan hati pengarah!”. Saya rasa untuk hasil yang seperti ini, saya akan pastikan untuk pergi minum bersamanya nanti. 

Manakala, pelakon IU juga berjaya meraih anugerah “Best New Actress Award” menerusi lakonannya dalam filem “Broker”. IU juga sempat memberikan ucapan dengan berkata,

Filem “Broker” ini banyak memberikan saya pengajaran sebagai seorang insan dan juga seorang pelakon. Susah untuk saya gambarkan semua elemen yang perlu saya lakonkan, namun saya percaya kepada perjalanan proses. Akhirnya, saya rasa ianya satu perjalanan yang memberi semangat untuk saya membuat yang terbaik.

Wah! Dua pelakon ini memang layak menang anugerah!

Tahniah buat Son Suk-ku dan IU!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...