Ikuti Kami:

Tahniah! EXO Menangi 4 Anugerah Utama Di Acara Akhir Tahun China

Tahniah! EXO Menangi 4 Anugerah Utama Di Acara Akhir Tahun China

EXO telah memenangi empat anugerah utama di China!

Pada 16 Disember, pemenang pada majlis anugerah akhir tahun di China telah didedahkan, dan salah seorang daripada mereka ialah kumpulan lelaki K-Pop sembilan ahli iaitu EXO, yang memperoleh sejumlah empat anugerah utama.

Album khas EXO, “Don’t Fight The Feeling”, yang dikeluarkan pada 7 Jun 2021, telah dijual sebanyak 493,000 salinan digital di China tahun ini dan telah berjaya merangkul pelbagai anugerah besar.

Empat anugerah utama yang dimenangi EXO adalah “Best Selling Male Group”, “Best Selling K-Pop Album”, “Best Selling K-Pop Artist” dan “Best Selling Group Album”.

exo 4 major awards in china

EXO ialah satu-satunya kumpulan K-Pop, bersama dengan BTS, yang telah dianugerahkan pada pameran anugerah akhir tahun China tahun ini.

Tahniah EXO!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...