Ikuti Kami:

“Tahniah Buat Mangsanya” – Pernah Pukul Bekas Kekasih, Kematian Rapper Iron Diiringi Kata Nista Netizen

“Tahniah Buat Mangsanya” – Pernah Pukul Bekas Kekasih, Kematian Rapper Iron Diiringi Kata Nista Netizen

Semalam dilaporkan bahawa penyanyi Iron ditemui berlumuran darah di sebuah taman bunga terletak di kompleks pangsapuri di Seoul sebelum disahkan meninggal duni ketika dalam perjalanan ke hospital.

Meskipun sudah menemui ajalnya, tetapi rata-rata netizen tidak menunjukkan belas kasihan kepada mendiang dek masalah jenayah yang pernah ditimbulkan olehnya. Antara daripadanya ialah tuduhan bertindak ganas dan mengugut bekas teman wanitanya selain memukul teman sebiliknya yang masih remaja dengan kayu besbol.

iron meninggal dunia

Bahkan bekas teman wanitanya dilihat memuat naik satu entri Instagram yang sepertinya mempunyai maksud tersirat. Gambar pelakon Kate Middleton dengan tangan ke atas itu menampakkan seperti gaya dia sudah ‘bebas’. Namun wanita itu tidak meletakkan sebarang kapsyen pada entri tersebut.

teman wanita iron

Antara komen pedas netizen yang mengiringi kematian Iron ialah:

Dah menyusahkan ramai orang, kemudian dia pergi begitu sahaja.

 

Patutnya dia hidup dan terus muhasabah diri selepas guna dadah dan pukul orang.

 

Tahniah buat mangsanya!

 

Hidup dia sangat menyedihkan..

 

Dia dapat balasan atas segala perbuatannya.

 

Selamat mati.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...