Ikuti Kami:

Taecyeon & Won Jian Sah Terajui Drama Manusia-Vampire ‘My Heart Is Beating’

Taecyeon & Won Jian Sah Terajui Drama Manusia-Vampire ‘My Heart Is Beating’

Berita baik buat peminat Taecyeon 2PM!

Pelakon lelaki itu dan Won Ji-an disahkan bakal menerajui “My Heart Is Beating” yang membawa kisah separuh-manusia separuh-pontianak Seon Woo-hyul yang tak mampu menjadi manusia kerana satu hari perbezaan dalam 100 tahun, mula tinggal bersama Joo In-hae, seorang wanita yang tidak mempunyai kehangatan.

Taecyeon akan berlakon sebagai Seon Woo-hyul iaitu seseorang yang cepat mencuba trend baru yang diperkenalkan ke dunia. Dia seorang yang pelik dan sanggup menjamah pokok herba dan bawang putih untuk menjadi manusia tapi ada sebab khas dia benar-benar mahu menjadi manusia.

taecyeon won jian

Won Ji-an akan membawa watak Joo In-hae, seorang jururawat sementara dan pemilik rumah tamu. Membesar dalam keluarga miskin, wanita itu melakukan pelbagai kerja separuh masa untuk meneruskan hidup dan dikenali dengan kedinginannya. Namun dia mula merasai kehangatan kemanusiaan apabila tinggal serumah.

“My Heart Is Beating” akan memulakan tayangan pada separuh kedua 2023.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...