Ikuti Kami:

T.O.P BIG BANG Tak Mahu Kembali Ke Dunia Hiburan Korea, Netizen Beri Sokongan Padu!

T.O.P BIG BANG Tak Mahu Kembali Ke Dunia Hiburan Korea, Netizen Beri Sokongan Padu!

Setelah lama berehat daripada dunia hiburan kerana menghadiri latihan khidmat ketenteraan, rata-rata peminat dah tak sabar menanti kemunculan semula kumpulan K-Pop ikonik iaitu BIG BANG. Bertambah teruja apabila syarikat naungan mereka iaitu YG Entertaiment mengumumkan bahawa kumpulan popular itu bakal membuat persembahan di Coachella pada April nanti.

Pun begitu, ramai yang keliru apabila salah seorang ahli kumpulan itu iaitu T.O.P telah memberitahu bahawa dia tidak mahu lagi kembali aktif dalam dunia hiburan Korea kerana baginya netizen adalah sangat jahat.

Lelaki itu meluahkan perasannya itu menerusi IG Live di laman Instagramnya.

Tak akan ada kemunculan lagi di Korea Selatan. Saya tidak mahu muncul langsung.

Sepanjang rakaman itu, lelaki tersebut kelihatan sangat tertekan dan marah. Semua yang melihat video itu meluahkan rasa hairan kerana sikap T.O.P yang nampak pelik dan tidak terurus.

t.o.p big bang

Pun begitu, ramai netizen yang suka mendengarkan berita tersebut kerana rata-ratanya memang tidak sukakan selebriti itu selepas kes penggunaan dadahnya. Mereka juga kesal kerana lelaki itu langsung tak rasa bersalah dan nampak berlagak walaupun sudah melakukan kesalahan besar.

Sebelum meletakkan salah kepada orang lain sebagai jahat, apa kata awak muhasabah diri sendiri dahulu? Saya rasa awak sendiri tak nampak keadaan awak sekarang ini adalah tak normal langsung.

 

Buat ujian dadah padanya, uji sama ada dia waras.

 

Cakap tak nak kembali tapi buat live dalam bahasa Korea. Berhenti menangis dan tinggal di luar negara selepas kontrak awal tamat.

 

Bukannya orang ramai marahkan dia tanpa sebab. Dia buat kesalahan dan orang mengkritiknya atas sebab itu, tetapi netizen yang jahat???? Adakah orang ramai hanya kena puji awak, tak kisahlah walaupun salah atau betul?

 

Berlagaknya…

Nampaknya T.O.P penat dengan cacian yang sering diterimanya. Tak pastilah aktiviti seni Big Bang akan dijalankan seperti mana selepas ini. Tunggu sahajalah!

Sumber: Netizenbuzz

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...