Ikuti Kami:

T.O.P Big Bang Beri ‘Hint’ Mahu Tinggalkan Dunia Seni?

T.O.P Big Bang Beri ‘Hint’ Mahu Tinggalkan Dunia Seni?

Ramai peminat Big Bang sedang menantikan kepulangan artis kegemaran mereka itu daripada latihan khidmat ketenteraan yang diwajibkan kepada semua lelaki Korea yang layak. Mereka semua tak sabar menunggu buah tangan baru daripada kumpulan yang terkenal dengan lagu “Fantastic Baby”, “Bang Bang Bang”, “Lies” dan banyak lagi.

Seperti yang diketahui, salah seorang ahli kumpulan itu iaitu Seungri telah pun menarik diri daripada Big Bang beberapa bulan yang lepas. Kini, kumpulan itu hanya tinggal empat orang anggota iaitu G-Dragon, T.O.P, Daesung dan Taeyang.

t.o.p big bang mahu tinggalkan dunia seni

Walaubagaimanapun, baru-baru ini T.O.P sepertinya telah memberi hint bahawa dia tidak akan kembali lagi ke dunia seni. Menerusi entri di laman Instagramnya itu, salah seorang daripada individu telah meninggalkan komen berbunyi, “Jangan berangan nak kembali lagi dalam industri ini. Berhenti kemas kini di Instagram dan muhasabah diri sendiri.”

Mungkin geram, T.O.P membalas, “Ya! Tuhan! Saya memang tiada niat untuk kembali. Lihat sahajalah gambar binatang ini.”

t.o.p big bang mahu tinggalkan dunia seni

Rata-rata netizen ‘speku’ yang mungkin dia benar-benar akan meninggalkan dunia seni atau pun mungkin dia membalas komen itu dalam keadaan marah dan tidak berfikir secara waras. Pun begitu, dia sudah pun memadam komennya itu dalam entri tersebut.

Sumber: Allkpop

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...