Ada berita gembira buat penonton setia drama “Extraordinary Attorney Woo”!
Terbaru menurut laporan eksklusif dari JTBC, persiapan untuk musim kedua “Extraordinary Attorney Woo” telah bermula, dengan Moon Ji-won telah menandatangani kontrak sebagai penulis untuk musim seterusnya siri tersebut.
Menurut syarikat produksi,
AStory, syarikat produksi yang bekerjasama dengan ENA untuk menghasilkan ‘Extraordinary Attorney Woo’, telah selesai mempersiapkan kontrak mereka dengan penulis Moon Ji-won untuk menulis musim 2.
Bagi yang belum tahu, “Extraordinary Attorney Woo” membawa kisah Woo Young-woo (Park Eun-bin), seorang peguam dalam spektrum autisme yang bekerja keras di sebuah firma guaman besar bagi menyelesaikan pelbagai kes dan cabaran.
Sama-sama kita nantikan musim kedua drama ini!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉