Ikuti Kami:

‘Sweet Home’ No 1 Di Malaysia, Hanya K-Drama Tersenarai Dalam Ranking Netflix Global Kini

‘Sweet Home’ No 1 Di Malaysia, Hanya K-Drama Tersenarai Dalam Ranking Netflix Global Kini

Sebelum ditayangkan lagi pun, ramai yang dah teruja nak menonton drama misteri adaptasi webtoon iaitu “Sweet Home”. Berbekalkan hanya 10 episod, sudah pasti peminat K-Drama dah selesai marathon naskhah itu sepanjang hujung minggu lepas kan?

Kalau anda nak tahu, “Sweet Home” menceritakan kisah seram dilalui oleh seorang pelajar sekolah menengah yang baru sahaja berpindah ke sebuah flat bernama Green Home dan diugut oleh raksasa yang cuba untuk melenyapkan seluruh umat manusia daripada muka bumi ini.

Baru sahaja 3 hari ditayangkan secara rasmi, naskhah popular itu sudah pun melompat naik ke dalam ranking rancangan TV popular Netflix di dunia. Lihat sahaja “Sweet Home” yang duduk selesa di tangga ke-8 itu di samping drama popular luar negara yang lain.

netflix sweet home

Malah drama lakonan Song Kang, Kim Si-young, Lee Jin-wook dan Lee Do-hyun itu juga turut duduk selesa di tangga pertama dalam ranking 10 rancangan popular di Netflix Malaysia.

netflix sweet home

Korang yang dah menonton, best tak “Sweet Home”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...