Ikuti Kami:

Susun Jadual K-Drama Anda, 7 Naskhah Menarik Bakal Ditayangkan Ogos Ini

Susun Jadual K-Drama Anda, 7 Naskhah Menarik Bakal Ditayangkan Ogos Ini

Masuk bula Ogos ini, banyak betul drama Korea daripada pelbagai genre yang akan menghiburkan hari-hari anda.

The Tragedy Of One

tvN | 4 Ogos

tvn the tragedy of one

Drama misteri ini mengisahkan insiden tragik yang mengambil tempat pada satu malam yang dibasahi hujan lebat. Dalam keheningannya, ia menyelubungi kejadian tersebut sekaligus menimbulkan pelbagai rahsia yang berbelit dan mengakibatkan banyak lagi tragedi lain.

Police University

KBS | 9 Ogos

kbs police university

Drama ini menceritakan siasatan yang kelam-kabut berlaku apabila Yoo Dong-man (Cha Tae-hyun) seorang profesor di universiti kepolisan elit bergabung tenaga dengan dua pelajarnya. Seorang ialah Kang Sun-ho (Jin-young), si bijak pandai dan si penggodam, Oh Kang-hee (Krystal).

Second Husband

MBC | 9 Ogos

mbc second husband

Sudah pun bercinta sekian lama, Sun-hwa (Uhm Hyun-kyung) dan Sang-hyeok (Han Ki-woong) mempunyai anak bersama. Pun begitu, lelaki itu kemudiannya mempunyai hubungan sulit dengan Jae-kyung (Oh Seung-ah) iaitu anak kepada pemilik sebuah syarikat besar. Bagai jatuh ditimpa tangga, anaknya meninggal dan Sun-hwa turut dituduh sebagai pembunuh. Dia kemudiannya merencana pelan membalas dendam ke atas kedua mereka.

Check Out The Event

MBC | 14 Ogos

mbc check out the event

Kisah romantik pengembaraan ini menampilkan cerita bekas kekasih yang berlakon sebagai pasangan bercinta untuk mendapat kelebihan ‘couple’ ketika bercuti.

Hometown Cha Cha Cha

tvN | 28 Ogos

netflix hometown cha cha cha

Ia membawa kisah Yoon Hye-jin (Shin Min-ah) seorang wanita yang memiliki kebijaksanaan dan kecantikan. Dia sangatlah berani dan disayangi namun boleh jadi kelam-kabut juga pada sesetengah masa. Hong Doo-shik (Kim Seon-ho) pula ialah seorang penganggur yang hebat dalam pelbagai kerja lain dan sering membantu penduduk di perkampungan persisiran pantai itu.

Lovers Of The Red Sky

SBS | 30 Ogos

sbs lovers of the red sky

Drama bersejarah ini membawa cerita misteri dan menawan mengenai Hong Chun-gi (Kim Yoo-jung), seorang pelukis wanita yang memasuki Dohwawon (akademi melukis diraja) untuk pertama kalinya dek kemahiran dan pandangannya yang estetik. Walaubagaimanapun, nasibnya mula berbelit apabila mula mengenali Ha Ram (Ahn Hyo-seop) iaitu seseorang yang pandai membaca bintang.

I’m Watching You

TVing | Ogos

tving i'm watching you

Drama jenayah berdasarkan fakta ini membongkarkan sisi lain jenayah dengan realistiknya. Ia menampilkan cerita mengikut mata masyarakat dan bukannya daripada sudut mangsa mahupun si dalang.

Jangan lupa susun jadual K-Drama untuk beri ruang kepada pelbagai naskhah baru ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...