Ikuti Kami:

Susulan Peraturan Kuarantin Baru Di Korea Selatan, BTS Sah Tidak Hadiri Acara 2021 MAMA

Susulan Peraturan Kuarantin Baru Di Korea Selatan, BTS Sah Tidak Hadiri Acara 2021 MAMA

BTS tidak akan dapat menghadiri acara 2021 ‘Mnet Asian Music Awards’ (MAMA) kerana peraturan kuarantin mandatori baharu di Korea Selatan.

BTS kini berada di Amerika Syarikat, dan telah berada di sana sejak 17 November untuk promosi dan konsert ‘Permission to Dance’ mereka. Di samping itu, mereka mempunyai penampilan di ‘Jingle Ball Tour’ pada 3 Disember di Los Angeles.

Walau bagaimanapun, kerajaan Korea Selatan telah mewajibkan semua orang yang tiba dari penerbangan luar negara, tanpa mengira status kediaman dan status vaksinasi, wajib menjalani kuarantin selama 10 hari, berikutan peningkatan varian Omicron.

Dengan BTS membuat persembahan di ‘Jingle Ball Tour’ pada 3 Disember, paling awal mereka akan dapat tiba di Korea Selatan ialah 4 Disember. Disebabkan kuarantin 10 hari, mereka akan dibebaskan daripada kuarantin pada 14 Disember paling awal. Malangnya, acara 2021 MAMA adalah pada 11 Disember, yang menyebabkan mereka tidak dapat menghadiri acara tersebut kerana mereka akan dikuarantin pada masa itu.

CJ ENM secara rasmi mengumumkan bahawa BTS sah tidak akan hadiri acara tersebut dengan mengeluarkan kenyataan berikut.

Kami telah membincangkan mengenai kehadiran BTS di acara 2021 MAMA, tetapi akhirnya, kumpulan itu tidak akan menghadiri majlis itu tahun ini. Disebabkan oleh isu penjadualan, sukar untuk menghasilkan filem persembahan secara prarakaman tepat pada masanya. Namun, BTS merancang untuk menyediakan ucapan video pendek untuk peminat.

BTS MAMA

Tabah ARMY semua!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...