Ikuti Kami:

Susah Bina Otot Badan, Ini Rahsia Song Joongki Tampil ‘Sado’ Dalam ‘Vincenzo’

Susah Bina Otot Badan, Ini Rahsia Song Joongki Tampil ‘Sado’ Dalam ‘Vincenzo’

Sesiapa yang mengenali Song Joong-ki daripada awal karier lakonannya pasti mengetahui bahawa pelakon lelaki itu tidak mempunyai jenis tubuh badan yang sasa.

Jadinya, ramai yang terpempan melihat transformasi badan Song Joong-ki di dalam “Vincenzo” sehingga menjadi bualan ramai di serata media sosial. Meskipun tidaklah segagah ataupun se’sado’ pelakon lelaki lain namun rata-rata penonton dah jatuh cinta melihat badan kurusnya namun disertai dengan otot yang ‘mencukupi’.

song joongki

Kalau anda nak tahu, Song Joong-ki melalui waktu yang sukar dek badannya itu. Disebabkan oleh keadaan badannya yang sukar untuk mendapat otot melalui cara biasa, banyak jurulatih peribadi yang berputus asa dengannya.

Pun begitu, lelaki itu langsung tak berputus asa dan mencuba sedaya upaya untuk membela ototnya dengan ekstrem bagi menghidupkan watak Yoo Si-jin dalam drama “Descendants Of The Sun”.

Usaha tangga kejayaan betul tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...