Pastinya ramai yang gembira tapi dalam masa yang sama terkejut melihat watak baru Lee Ji-ah dalam “The Penthouse 2” kan?
Selepas watak Shim Su-ryeon yang dilakonkannya dibunuh oleh Joo Dan-tae (Uhm Ki-joon) pada penghujung musim pertama, para penonton sudah membuat spekulasi bahawa Lee Ji-ah akan kembali dengan watak baru dan tidak akan ‘hilang’ begitu sahaja.
Dengan kemunculannya dalam episod 6 baru-baru ini, walaubagaimanapun penonton mula menebak siapakan gerangan wanita berambut pendek yang mampu membuatkan Joo Dan-tae terkesima dengan kehadirannya.
View this post on Instagram
Selepas berteka-teki, Lee Ji-ah akhirnya mendedahkan bahawa watak barunya ialah Na Ae-gyo menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya.
Seperti yang semua tahu Na Ae-gyo ialah ibu kandung kepada si kembar Joo Soo-kyung dan Joo Seok-hoon, serta isteri pertama Joo Dan-tae.
Apa macam, excited lihat Lee Ji-ah buat grand entrance baru-baru ini?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.