Baru saja selesai mengadakan konsert awal Oktober lalu, SUPER JUNIOR nampaknya akan kembali menemui peminat di Malaysia pada tahun depan!
Terbaru, SUPER JUNIOR, TEEN TOP, VIVIZ dan MCND telah diumumkan bakal datang ke Malaysia, untuk konsert ‘K-Pop Concert Malaysia 2023’ pada Februari tahun depan.
Untuk pengetahuan, 4 kumpulan itu akan membuat persembahan dalam pentas yang sama di Kuala Lumpur Football Stadium pada 18 Februari 2023 nanti.
https://twitter.com/_hallyupop/status/1582047507529334790?s=20&t=PWhWGUsTgsjcx6xv3MnPkw
Tambahan, MCND turut akan membuat acara perjumpaan bersama peminat di R&F Mall Opera House Johor Bahru, pada 19 Februari 2023.
Nantikan segala maklumat lanjut berkaitan tiket dan sebagainya di SINI!