Ikuti Kami:

Super Junior Umum ‘Comeback’, Tetapi Sayangnya Heechul Tidak Dapat Turut Serta

Super Junior Umum ‘Comeback’, Tetapi Sayangnya Heechul Tidak Dapat Turut Serta

Demam K-Pop di Malaysia ini bermula apabila kumpulan lelaki Super Junior menambat hati netizen dengan lagu catchy ‘Sorry Sorry’ pada tahun 2009. Setelah hampir 10 tahun aktif sebagai antara penyumbang besar bagi demam K-Pop di Asia Tenggara, kumpulan itu mengumumkan kemunculan semula mereka untuk tahun 2019.

Mereka akan kembali dengan album penuh yang ke-9 pada 14 Oktober ini. Album ini sememangnya dinantikan peminat kerana ini adalah kemunculan semula pertama selepas kesemua ahli kumpulan itu berjaya menamatkan perkhidmatan tentera mereka.

Walaubagaimanapun, Label SJ telah mengumumkan bahawa Heechul hanya akan menyertai dalam produksi album namun tidak dapat turut serta dalam persembahan kemunculan semula mereka dan juga konsert.

heechul

Seperti yang peminat sedia maklum, Heechul masih mengalami kesulitan untuk melakukan sebarang persembahan kerana kondisi kakinya yang masih lemah.

Lagu Super Junior memang tak pernah menghampakan, jadi semua orang jangan lupa untuk support album baru mereka nanti! Walaupun semua dah masuk usia 30-an, mereka masih lincah atas pentas tahu!

Sumber: Allkpop

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...