Ikuti Kami:

Super Junior Sah Kembali Dengan Album Penuh Ke-10 Disember Nanti

Super Junior Sah Kembali Dengan Album Penuh Ke-10 Disember Nanti

ELF mari bersorak! Super Junior dikhabarkan bakal muncul dengan album penuh ke-10 tak lama lgi.

Pada 26 Oktober, SJ Label mendedahkan bahawa kumpulan tersebut akan mengeluarkan album penuh tersebut pada bulan Disember nanti. Ia akan menjadi album pertama kumpulan itu selepas 11 bulan mengluarkan album penuh ke-9 “TIMELESS” pada Januari lepas.

Bagi menyambut ulang tahun ke-15 kumpulan tersebut, lagu “The Melody” dalam album baru itu akan dilancarkan terlebih dahulu dengan video muzik sekali pada 6 November jam 6 petang (waktu Korea) nanti. Lagu itu dikatakan mempunyai tempo medium dengan suara siulan yang mampu mengimbau kenangan lama.

album penuh ke-10 super junior

Pada 7 November pula, Super Junior akan mengadakan perjumpaan peminat secara atas talian “Beyond LIVE – SUPER JUNIOR 15th Anniversary Special Event – Invitation” di laman V Live pada jam 5 petang (waktu Korea). Tiket boleh dibeli bermula 27 Oktober menerusi V Live dan YES24.

Tak sabarnya nak nantikan ‘Raja K-Pop’ kembali beraksi!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...