Ikuti Kami:

Sulli Tempah Barangan Dapur Sehari Sebelum Kematiannya, Netizen ‘Speku’ Punca Sebenar Dia Bunuh Diri

Sulli Tempah Barangan Dapur Sehari Sebelum Kematiannya, Netizen ‘Speku’ Punca Sebenar Dia Bunuh Diri

Walaupun sudah seminggu selebriti tinggi lampai iaitu Sulli pergi meninggalkan dunia yang kejam ini, tapi masih ramai lagi yang terkesan dengan insiden ini. Meskipun sudah ada yang dapat menerima berita sedih ini, namun ada segelintir yang masih tidak dapat menerima pemergiannya yang secara tiba-tiba.

Sejurus selepas kematian Sulli, pelbagai spekulasi yang telah dibuat oleh pihak media dan juga para netizen mengenai punca sebenar dia nekad mengambil nyawanya sendiri. Ada yang kata gadis itu tidak tahan dengan kritikan yang dilemparkan oleh netizen saban hari kepadanya dan ada juga yang mengatakan bahawa dia tidak mempunyai sahabat yang benar-benar ikhlas berkawan dengannya.

sulli tempah barangan dapur sehari sebelum kematiannya

Walaubagaimanapun, satu petunjuk baru mengenai Sulli yang dilaporkan oleh New Daily ini menyebabkan netizen garu kepala. Menurut laporan itu, sebuah kotak yang dipenuhi dengan barangan dapur daripada satu jenama penghantaran telah ditemui di depan pintu rumah Sulli pada tengah hari sewaktu insiden itu berlaku.

Kalau anda nak tahu, jenama penghantaran ini akan menghantar barangan dapur seperti sayuran, buahan dan daging sehingga 7 pagi pada hari seterusnya selepas ianya ditempah sebelum tengah malam hari sebelumnya. New Daily menyatakan kemungkinan besar Sulli telah menempah barangan dapur itu sehari sebelum kematiannya.

Buat masa ini, polis telah mendapat bukti lisan yang diperolehi oleh Institut Penyiasatan Saintifik Kebangsaan. Mereka juga menyatakan bahawa pihak mereka tidak mengesyaki ada pengaruh dan tekanan daripada luar yang menyebabkan kematian Sulli. Pihak polis percaya gadis itu telah bertindak ekstrem oleh kerana tiada tanda kediamannya dimasuki secara paksa selepas diperiksa.

sulli tempah barangan dapur sehari sebelum kematiannya

Rata-rata netizen yang membaca penemuan baru itu kian musykil dengan punca kematian Sulli. Mereka turut mereka tebakan sendiri menurut bukti-bukti yang sedia ada.

“Muka yang tersenyum juga boleh menghadapi kemurungan. Hanya kerana seseorang itu tidak meluahkannya secara luaran, tidak bermakna dia tidak merasainya. Saya rasa seperti tiada siapa yang tahu tentang kemurungan.”

“Saya sangat berharap dia masih hidup… sedih melihat seorang yang sangat cantik pergi…”

“Dia telah dijadualkan untuk penggambaran rancangan “Night of Hate Comments” pada tengah hari tetapi pengurusnya hanya menemui Sulli di kediamannya pada jam 3.30 petang.. Perjalanan daripada Seongnam (rumah Sulli) ke studio JTBC mengambil masa lebih kurang sejam setengah, jadi bukankah sepatutnya pengurus Sulli datang mengambilnya lebih kurang pada 10 pagi supaya dia dapat sampai ke set penggambaran pada tengah hari. Dan saya rasa masalah yang melibatkan hartanah miliknya juga perlu disiasat.”

“Saya juga berasa sangsi. Ada orang yang berharap dia membunuh diri kerana kemurungan sebagai jawapan kepada insiden ini. Seteruk mana pun kemurungannya, saya tak rasa orang akan menempah barangan dapur segar sehari sebelum dia membunuh diri.”

“Muzik video ‘Goblin’ (lagu Sulli) adalah sangat pelik. Kalau anda menontonnya, ada rintangan tali polis di hadapan sebuah rumah dan anda boleh melihat seseorang merempuh masuk ke tingkat kedua semasa Sulli sedang tidur dan disambung dengan babak berdarah. Pengisahan video itu juga menggambarkan kematian, peliknya.”

“Orang yang nekad untuk membunuh diri akan cuba untuk menyelesaikan hal mereka secara tersusun tetapi Sulli pula telah menempah makanan untuk keesokan harinya? Sangat pelik.”

Apa pun spekulasi yang dibuat, diharapkan Sulli kini tenang di sana. Diharap peminat dan kenalan rapatnya juga tabah menghadapi kehilangan yang besar ini.

Sumber: All-netizen, Netizenbuzz

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...