Utama Celebrity News Sulli Disahkan Meninggal Dunia Kerana Menggantung Dirinya Sendiri

Sulli Disahkan Meninggal Dunia Kerana Menggantung Dirinya Sendiri

sulli disahkan bunuh diri dengan menggantungkan dirinya

Pasti semua masih dikejutkan dengan berita kematian seorang pelakon dan model iaitu Sulli yang juga pernah menganggotai kumpulan f(x). Ramai yang ingin mengetahui punca di sebalik kematian mengejutnya ini.

Menurut seorang wakil, Sulli dikatakan telah menggantung dirinya sendiri daripada tingkat dua rumahnya. Semasa ketibaan paramedik, gadis itu sudah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Selepas mendapat panggilan daripada pengurus Sulli pada jam 3.20 petang, satu ambulans telah dihantar ke rumahnya yang terletak di perumahan Shimgok-dong di Seongnam dan ianya tiba pada 3.29 petang.

Semasa ketibaan, Sulli didapati telah meninggal dan daripada hasil pemeriksaan, dia didapati telah mengalami serangan jantung dan lumpuh selepas kematiannya. Mereka telah menyerahkan kes ini kepada pihak polis selepas mengesahkan kondisinya.

sulli disahkan gantung diri

Menurut pihak polis, pengurus gadis itu berhubung dengannya buat terakhir kali pada 13 Oktober, jam 6 petang dan tidak lagi mendengar khabarnya selepas daripada itu. Jadi, mereka telah bergegas ke kediamannya untuk memastikan keadaannya.

Pihak polis juga sedang melakukan soal siasat bersama jiran tetangganya untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang insiden itu.

Nantikan lagi kemas kini insiden ini daripada kami.

Sumber: Allkpop, Koreaboo

Leave a Reply