Ikuti Kami:

Sulli Didedahkan Sedang Mereka Produk Feminin Bagi Keselesaan Wanita, Netizen Sedih Lihat Kebaikannya

Sulli Didedahkan Sedang Mereka Produk Feminin Bagi Keselesaan Wanita, Netizen Sedih Lihat Kebaikannya

Walaupun sudah lebih sebulan meninggalkan dunia ini, nampaknya masih ramai yang tidak dapat melupakan Sulli. Personalitinya yang ceria dan sentiasa tersenyum lebar berjaya membuatkan orang lain turut berjangkit dengan sikap positifnya. Ramai juga mengetahui bahawa gadis berusia 25 tahun ini sentiasa mencuba untuk mengubah norma sosial supaya lebih memberi kesenangan kepada para wanita.

Menerusi rancangan “Unaswered Questions”, satu episod istimewa dikhaskan untuk Sulli telah disiarkan. Kim Jiok iaitu salah seorang pengarah di SM C&C telah mendedahkan bahawa pelakon itu mempunyai rancangan untuk mereka sebuah beg kecil supaya para wanita senang untuk membawa tuala wanita di dalamnya.

sulli didedahkan dalam rancangan untuk mereka produk feminin

“Sulli selalu bertanya kenapa wanita perlu menyembunyikan tuala wanita, lantas kami telah mengutarakan rancangan untuk mereka satu beg plastik kecil untuk meletakkan tuala wanita tanpa membuatkan para wanita terasa seperti perlu menyembunyikannya.” 

Menurut pengarah itu lagi, rekaan itu telah dirancang untuk disiarkan semasa program realiti kelolaan Sulli iaitu “Jinri’s Store 2”. Gadis itu juga pernah menyebut tentang isu ini semas musim pertama program itu dan dia sendiri telah berjumpa dengan pemilik jenama produk feminin iaitu Chungdam Girl untuk berbincang mengenai isu ini.

“Saya rasa wanita sepatutnya menggunakan produk yang baik ketika datang haid. Perbezaan penggunaan produk adalah sangat ketara dan ramai wanita perlu mengetahui mengenainya. Secara peribadi, saya lebih suka menggunakan produk feminin berunsurkan kapas tapi anda perlu selalu mencucinya jadi ia adalah sedikit leceh.”

sulli didedahkan dalam rancangan untuk mereka produk feminin

Rata-rata netizen yang mendengar mengenai rancangan gadis ini dalam membantu meringankan beban para wanita terus berasa sedih. Mereka kecewa kerana Sulli tidak dapat mencapai hasrat murninya itu kerana dia sudah tiada di dalam dunia ini.

“Sulli…. ):”

“Dia mempunyai hati yang baik dan sangat menjaga para peminatnya.”

“Saya tak faham kenapa budaya kita mengarah para wanita supaya menyembunyikan tuala wanita. Ia adalah proses semula jadi.”

“Negara ini tidak cukup baik untuk gadis seperti Sulli.”

Sumber: Allkpop, KStarLive

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...