Ikuti Kami:

“Suka Yang Cantik Je” – Kenyataan ‘Hina Fizikal’ Kim Youngkwang Kembali Tular

“Suka Yang Cantik Je” – Kenyataan ‘Hina Fizikal’ Kim Youngkwang Kembali Tular

Siapa yang tak pernah melakukan kesilapan kan? Kadang-kadang, walaupun sudah bertahun berlalu namun masih ada yang masih tidak dapat melupakannya.

Terbaru, secara tiba-tiba kesalahan lalu Kim Young-kwang kembali menjadi sebutan ramai. Hal itu bermula apabila seorang pengguna di TikTok memuat naik mengenai temubual lama bersama Vogue Girl model yang juga pelakon itu.

Dalam temubual yang berlangsung pada 2013, lelaki itu ditanya mengenai penampilan fizikal yang tidak disukainya. Jawab Kim Young-kwang,

Saya tak suka orang yang kelihatan menyedihkan. Saya tak kisah kalau mereka muncul dengan rambut tak dibasuh atau apa pun, tapi saya tak mahu melihat sekiranya seseorang dengan ciri fizikal yang saya tak sukai.

kim youngkwang

Tambahnya, dia tak sukakan betis yang besar dan seronok melihat lelaki atau wanita yang cantik.

Saya akan melihat penampilan seseorang dan berkata, “Saya tak sukakan dia dan saya tak rasa dia sepadan dengan saya”. Kawan-kawan saya akan berkata, ‘Awak jahat, tahu tak?’

Selepas temubual itu, Kim Young-kwang menerima kecaman ramai dan terus mengeluarkan kenyataan permohonan maaf. Pun begitu, penjelasan lelaki itu yang mengatakan bahawa dia hanya bergurau dan tiada niat untuk mengkritik penampilan sesiapa tidak diterima ramai.

kim youngkwang

Komen orang ramai dalam video itu,

Sebab itu lah dia tak akan popular..

 

Memang tak lah nak sokong dua lagi..

 

Kenapa orang ungkit kisah lamanya.

 

Siapa dia ni..

Walaubagaimanapun, terdapat segelintir peminat yang mengatakan bahawa hal ini sudah pun 10 tahun berlalu dan tidak perlu mengungkitnya lagi. Kim Young-kwang juga mungkin sudah belajar dari kesilapannya dan mungkin berkata tanpa berfikir dahulu.

Apa kata korang?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...