Ikuti Kami:

Suka Genre Saspens Mendebarkan? 12 K-Drama Ini Pasti Buatkan Jantung Anda Melompat

Suka Genre Saspens Mendebarkan? 12 K-Drama Ini Pasti Buatkan Jantung Anda Melompat

K-Drama bukan sahaja menyajikan drama romantik tahu tetapi naskhah bergenre thriller dan mendebarkan juga sebenarnya disukai ramai dek perasaan seram yang membuatkan semua tak duduk dengan senang.

1. Stranger

netflix stranger

Stranger” kini kembali dengan musim kedua! Musim pertama menayangkan pendakwa raya Hwang Shi-mok (Cho Seung-woo) dan leftenan Han Yeo-jin (Bae Doo-na) bergabung tenaga menyelesaikan kes pembunuhan. Saksikan duo ini bekerjasama bagi menyelesaikan segala kes berbelit ini!

2. Signal

netflix signal

Drama “Signal” ini berkisarkan tentang misteri jenayah yang diselesaikan dalam masa lampau (1989) dan masa sekarang (2015) dengan penggunaan ‘walkie-talkie’. Penyelesaian misteri di sebalik dua waktu berbeza nyata membuat premis cerita ini menarik dan juga mendebarkan.

3. Save Me

netflix save me

Save Me” ialah thriller yang menyelubungi sekumpulan rakan termasuklah Woo Do-hwan dan Taec-yeon yang cuba membantu Im Sang-mi (Seo Ye-ji) apabila keluarga gadis itu terperangkap dalam kancah ajaran sesat. Memang berdebar ddan saspens apabila cuba melarikan diri daripada komuniti yang tidak terkawal itu.

4. Doctor Prisoner

netflix Doctor Prisoner

Doctor Prisoner” membawa kisah Na I-je (Namgoong Min) yang kehilangan jawatan doktornya di hospital besar dek dijadikan kambing hitam oleh orang atasan. Dia kemudiannya bekerja di hospital penjara untuk membalas dendam kepada golongan kaya dan berpengaruh.

5. Bad Guys

netflix bad guys

Bad Guys” menggabungkan dua detektif dan tiga penjenayah iaitu gangster, pembunuh bersiri dan pembunuh upahan yang cuba menangkap penjenayah lain. Saksikan kombinasi hebat ini yang gelap dan mengujakan!

6. Voice

netflix voice

Voice” menceritakan kisah Mu Jin-hyeok (Jang Hyuk) dan pegawai polis Kang Gwon-ju (Lee Ha-na) yang bekerjasama untuk menangkap pembunuh bersiri yang telah meragut nyawa orang kesayangan mereka. Oleh kerana wanita itu yang mempunyai kemampuan pendengaran yang hebat, mereka menggunakannya untuk menyelesaikan misteri itu.

7. Stangers From Hell

netflix strangers from hell

Strangers From Hell” ialah drama thriller psikologi yang menyeramkan di mana ia mendedahkan bagaimana pandangan masyarakat boleh memberi kesan kepada kesihatan mental seseorang. Yun Jong-u (Im Si-wan) berpindah ke sebuag pangsa murah dan mula terkesan dengan sikap aneh jiran-jirannya. Bahkan kejadian pelik yang sering berlaku di kejiranan itu membuatkan semuanya menjadi lebih menyeramkan.

8. Tunnel

netflix tunnel

Tunnel” membawa kisah seorang detektif Park Gwang-ho (Choi Jin-hyuk) yang cuba menyelesaikan satu kes pada tahun 1986. Namun semasa sedang mengejar seorang suspek, dia diserang dan terjaga pada tahun 2016. Dia kemudiannya berjumpa dengan rakan sekerja baru dan mula menyelesaikan misteri itu bersama.

9. The Guardians

netflix the guardians

The Guardians” membawa sekumpulan individu yang terdiri daripada pendakwa raya, pegawai polis, penggodam dan pakar kamera litar untuk menegakkan keadilan selepas kematian orang tersayang.

10. Two Weeks

netflix Two weeks

2 Weeks” sememangnya dilengkapi dengan pelbagai babak aksi yang mendebarkan! Jang Tae-san (Lee Jun-ki) mendapat tahu bahawa dia merupakan penderma yang padan untuk membantu anaknya yang menghidapi masalah leukemia. Walaubagaimanapun, tidak semena-mena dia dituduh membunuh dan terpaksa melarikan diri daripada ditangkap selama dua minggu lamanya sebelum kembali menyelamat ananknya itu.

11. Vagabond

netflix vagabond

Vagabond” menceritakan kisah Cha Dal-geon (Lee Seung-gi) yang cuba merungkai kisah sebenar disebalik kapal terbang terhempas sehingga meragut nyawa anak saudaranya. Bersama dengan Go Hae-ri (Bae Suzy) yang bekerja sebagai ejen NIS, mereka cuba merungkai pengkhianat yang mungkin melibatkan hal negara.

12. SKY Castle

netfliz sky castle

SKY Castle” membawa kisah saspens yang lain daripada drama yang disenaraikan ini. Membawa kisah keluarga kaya yang menekan anak-anak mereka dalam soal pelajaran. Dengan tekanan yang melampau, para pelajar ini pastinya akan rebah dan melawan.

Apa lagi! Jika ini adalah genre kegemaran anda, marathon kesemuanya hanya di Netflix!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...