Ikuti Kami:

Suga BTS Jadi Artis Solo Korea Pertama Masuki Carta Artis Spotify Di US

Suga BTS Jadi Artis Solo Korea Pertama Masuki Carta Artis Spotify Di US

Suga BTS telah mencipta sejarah dengan menjadi satu-satunya penyanyi solo Korea Selatan yang memasuki carta artis Spotify di Amerika Syarikat!

Suga telah berjaya duduki di carta no. 170 untuk single kolaboratifnya dengan Juice WRLD berjudul “Girl of my Dreams”. Lagu itu telah menerima 1.1 juta penstriman, menjadikannya penstriman tertinggi yang diterima oleh artis solo asia dalam sehari.

Lagu itu adalah daripada album Juice WRLD “Fighting Demons”. Terdiri daripada 18 lagu dengan nama besar yang terlibat dalam album ini seperti Justin Bieber, Suga BTS dan Eminem. Lagu ini adalah lagu yang penuh emosi dengan ayat rap perlahan dari Suga yang merangkumi makna cinta dan kesedihannya, sekali lagi membuktikan nilainya sebagai penulis lagu yang hebat.

Selain itu, pita campuran kedua Suga “D-2”, dikeluarkan sebagai ‘August D’ pada Mei tahun lalu, telah melepasi 451 juta strim di Spotify pada 12 Disember. Suga telah membuktikan populariti globalnya sebagai artis solo dengan kehadiran ‘Agust D’.

Tahniah Suga!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...