Sedihnya apabila mendapat perkhabaran bahawa Suga dari BTS positif COVID-19 kini.
Menurut laporan agensinya, Suga atau nama sebenarnya Min Yoon-gi telah menerima keputusan negatif semasa sedang menjalani kuarantin selepas terbang masuk ke Korea dari Amerika Syarikat baru-baru ini.
Sudah pun mendapatkan dua dos vaksin pada lewat Ogos lalu dan tidak menunjukkan sebarang simptom kini, Suga dikatakan sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah berdasarkan arahan yang ditetapkan pihak kesihatan.
Dalam pada itu, agensinya turut mengesahkan bahawa idola itu tidak mempunyai kontak dengan ahli yang lain selepas kepulangannya.
Semoga cepat sembuh!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.