Sudah Terbang Untuk Penggambaran, Park Seojun Sah Bakal Muncul Dalam Filem ‘The Marvels’

park seojun marvels

Sekadar khabar angin sebelum ini, Park Seo-joon akhirnya disahkan bakal menyertai ‘Marvel Cinematic Universe’.

Dikhabarkan bakal menyertai “The Marvels” yang merupakan sejuel kepada “Captain Marvel”, agensi lelaki itu telah mengesahkan berita tersebut meskipun menolak untuk memberikan sebarang komen semasa berita itu diumumkan dahulu.

Menurut mereka, Park Seo-joon telah pun terbang ke luar Korea untuk penggambaran filem tersebut pada hari ini (3 September 2021) namun memilih untuk tidak memberikan sebarang komen lagi.

Kami berterima kasih kepada semua yang memberikan perhatian dan sokongan buat Park Seo-joon yang sedang memulakan langkah baru ini. Kami sedar ramai yang ingin tahu mengenai filem yang bakal disertainya, wataknya serta lokasi dan jadual penggambaran, namun kami akan mendedahkan segalanya nanti.

park seojun

Selepas Claudia Kim (“Avengers: Age Of Ultron”) dan Ma Dong-seok (“Eternals”), Park Seo-joon menjadi pelakon Korea ketiga untuk menyertai filem Marvel.

Mesti semua tak sabar kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Leave a Reply