Sudah Separuh Jalan Tapi Rating Kekal Pada Paras 2%, Penonton Puji Ketenangan Drama ‘When The Weather Is Fine’

Semasa drama “When The Weather Is Fine” mula diuar-uarkan kepada penonton K-Drama, ramai yang meluahkan rasa teruja kerana tak sabar mahu menonton gandingan dua pelakon terkenal iaitu Park Minyoung dan Seo Kangjoon. Tambahan pula ia membawa genre romantik, sudah pasti penonton meletakkan jangkaan yang tinggi kepada keserasian kedua pelakon ini.

Rating mendatar

Walaubagaimanapun, selepas menghampiri separuh daripada keseluruhan cerita, drama ini mencatat rating yang menghampakan. Tidak pernah melepasi angka 3%, jangkaan awal yang diletakkan ternyata meleset langsung. Pun begitu, ramai yang bilang bahawa sesebuah drama itu tidak boleh dinilai kualitinya hanya berdasarkan catatan rating dan perlu dilihat daripada segala elemen yang dipersembahkan.

when the weather is fine rating rendah

“When The Weather Is Fine” membawa kisah romantik menyentuh hati di mana Haewon (Park Minyoung) yang penat dengan kesibukan Seoul dan membawa dirinya ke perkampungan Bukhyeon dan mula berkenalan dengan Eunseop (Seo Kangjoon) iaitu seorang pemilik kedai buku. Mungkin disebabkan pembawaan drama itu yang perlahan dek berlatar belakangkan kawasan perkampungan, ia tidak mendapat perhatian berbanding dengan drama lain yang berwarna-warni dan mendebarkan.

Penonton setia sahaja faham ‘tarikan’nya

Namun, kebanyakan penonton setia drama ini yang terus kekal menonton sehingga sekarang ternyata sudah menjumpai tarikan tersendiri yang hanya ada pada naskhah ini. Kebanyakan daripada mereka boleh merasai kesedihan yang dihadapi oleh teraju utama apabila ianya mula terungkai satu demi satu episod. Proses mereka merawat luka antara satu sama lain membuatkan para penonton turut sama-sama berasa seperti disembuhkan.

Sesiapa yang menonton “When The Weather Is Fine”, anda pasti tahu bahawa buku merupakan antara elemen yang penting dalam menghidupkan plot drama ini. Setiap minggu, kesemua watak akan berkumpul di kedai buku Eunseop untuk menghadiri sesi bacaan selain meluahkan kekaguman mengenai sesuatu naskhah. Novel dan puisi yang dibacakan sentiasa menggambarkan dnegan tepat mengenai apa yang dialami dan dirasai oleh sesuatu watak itu.

when the weather is fine rating rendah

Percubaan berani oleh Seo Kangjoon dan Park Minyoung

Buat pertama kali, Seo Kangjoon membawa watak yang berat di mana dia dibebani dengan luka yang tidak ditonjolkan langsung pada luarannya. Walaubagaimanapun, lakonannya yang bermain dengan emosi ini nyata berjaya dibawa oleh lelaki tersebut menerusi kawalan ekspresi, pandangan mata dan gerak tubuhnya sehingga ramai penonton yang memberikan komen positif kepadanya.

Park Minyoung juga telah mencabar dirinya dengan watak baru yang berbeza sunguh dengan karakternya sebelum ini seperti di dalam drama “What’s Wrong With Secretary Kim?”. Walaupun penonton nampak dia sedikit janggal dengan watak Haewon yang lembut, namun lama kelamaan wanita tersebut berjaya menonjolkan lakonan yang kukuh daripada emosi yang ceria sehinggalah emosi yang serius.

when the weather is fine rating rendah

Watak sampingan mainkan peranan penting

Bukan itu sahaja, malahan watak lain seperti Lee Jangwoo (Lee Jaewook), Lim Hui (Kim Hwanhee) dan Kim Boyoung (Lim Semi) yang muncul sebagai penduduk kampung tersebut turut memberikan warna kepada drama ini. Personaliti mereka yang pelbagai berjaya membuatkan penonton menyukai kehadiran mereka.

when the weather is fine rating rendah

“When The Weather Is Fine” sudah pun memasuki separuh akhir tayangannya di mana kisah cinta antara Eunseop dan Haewon yang baru sahaja berputik dan penonton bakal disajikan dengan cerita kedua watak itu dalam membaiki luka masing-masing. Rata-rata penonton juga meluahkan bahawa mereka berasa tenang apabila menonton drama ini selain merasakan seperti disembuhkan.

Semoga Eunseop dan Haewon berjaya melepasi segala halangan yang ada dan berjaya hidup bahagia sehingga ke akhirnya!

Sumber: The FACT

Leave a Reply