Ikuti Kami:

Sudah Separuh Jalan, 3 Misteri Gongjin Belum Terjawab Dalam ‘Hometown Cha Cha Cha’

Sudah Separuh Jalan, 3 Misteri Gongjin Belum Terjawab Dalam ‘Hometown Cha Cha Cha’

Dah sampai separuh jalan, namun masih banyak persoalan yang belum terjawab mengenai beberapa plot dalam “Hometown Cha Cha Cha”.

1. Kehilangan Hong Du-shik selama 5 tahun

Paling kontroversi di Gongjin ialah misteri kehilangan Chief Hong (Kim Seon-ho) selama 5 tahun sebelum kepulangannya ke perkampungan itu. Tiada siapa yang tahu perkara sebenar namun orang kampung sering bergosip mengenainya dan membina teori sendiri. Antara daripadanya ialah dia menjadi ejen perisik di Korea Utara, menawan Gunung Everest selain didakwa dipenjarakan kerana membunuh. Ish ish..

Walaubagaimanapun, penonton sering disajikan dengan klu mengenai lelaki itu yang mungkin mengalami masalah kesihatan mental akibat sesuatu yang berlaku pada masa lalu. Bukan sahaja perlu mengambil ubat secara kerap malah Hong Du-shik turut melawat klinik psikiatri di Seoul sekali-sekala. Persoalan penting ialah mengapa Hong Du-shik yang cerdik pandai dan merupakan graduan kursus kejuruteraan di Universiti Kebangsaan Seoul memilih untuk berkhidmat untuk penduduk Gongjin?

hometown cha cha cha

2. Kenapa Hwa-jeong dan Yeong-guk bercerai?

Misteri kedua yang menyelubungi penduduk kampung persisiran pantai itu ialah punca penceraian Hwa-jeong (Lee Bong-ryun) dan Yeong-guk (In Gyo-jin). Meskipun mengekalkan hubungan seperti kucing dan anjing, namun mereka sentiasa ada bersama untuk anak tunggal, Yi-jun (Ki Eun-joo). Malah keadaan semakin rumit apabila lelaki itu berterusan menunjukkan perasaan suka terhadap cinta pertamanya iaitu Yoo Cho-hee (Hong Ji-hee). Sepertinya ada yang berlaku di antara mereka bertiga dahulu sehingga membuatkan keduanya memilih untuk berkahwin.

hometown cha cha cha

3. Identiti pemenang loteri berjumlah 1.4 bilion won (RM4.9 juta)

Menurut Yoon-kyung (Kim Ju-yeon), penduduk di Gongjin yang memenangi loteri berkenaan memandangkan tiada siapa dari darat yang masuk ke perkampungan itu ketika kejadian tersebut memandangkan cuaca yang buruk. Walaubagaimanapun, ianya kekal misteri kerana tiada siapa yang tahu identiti sebenar kepada pemenang berkenaan meskipun ia merupakan jumlah yang besar.hometown cha cha chaDalam pada tenang, ada juga misteri yang menyelubungi “Hometown Cha Cha Cha”. Korang rasa apa yang akan berlaku nanti?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...