Ikuti Kami:

Sudah Sebulan Tamat, ‘The King: Eternal Monarch’ Kekal Dalam Ranking Top 10 Netflix Di Malaysia

Sudah Sebulan Tamat, ‘The King: Eternal Monarch’ Kekal Dalam Ranking Top 10 Netflix Di Malaysia

Dengar cerita ramai yang masih tak boleh ‘move on’ daripada drama dunia selari “The King: Eternal Monarch”? Sampaikan ada yang ulang tayang banyak kali meskipun ia dah lama melabuhkan tirainya. Tambahan pula, ini adalah drama pertama Lee Min-ho selepas lelaki itu pulang daripada latihan ketenteraan, menjadikan ia lebih bermakna kepada para peminatnya.

Bagi yang tidak tahu, drama ini mengisahkan tentang dua dunia selari di mana Korea dengan Perlembagaan Diraja dan Korea zaman sekarang. Raja Lee Gon berusaha melawan anasir jahat dan cuba untuk menutup gerbang di antara dua dunia tersebut manakala detektif Jung Tae-eul bekerja keras untuk menyelamatkan nyawa orang ramai.

the king: eternal monarch

Pertemuan di antara dua watak penting ini yang mempunyai kaitan berselirat nyata membuatkan hati penonton tak keruan sepanjang menontonnya. Satu demi satu halangan terpaksa dilalui dalam dua dunia tersebut bagi memastikan mereka bersama pada akhirnya.

Punyalah hebat impak “The King: Eternal Monarch” di Malaysia ini sampaikan ia masih berada dalam ranking Top 10 teratas bagi program yang popular pada hari tersebut. Lebih mengejutkan kerana drama lakonan Lee Min-ho dan Kim Go-eun ini sudah pun duduk selesa dalam senarai tersebut selama sebulan lamanya.

the king: eternal monarch di tangga ke 10 netflix malaysia

Meskipun berada pada tangga ke-10 jikalau mengambil kira kedudukan filem, program, dan drama tetapi bagi kategori drama sahaja, naskhah ini duduk selesa di antara tangga ke-3 dan ke-4 kebelakangan ini.

the king: eternal monarch di tangga ke 10 netflix malaysia

Nampaknya “The King: Eternal Monarch” terus kekal popular dalam kalangan peminat K-Drama di Malaysia. Mungkin juga ramai yang terpersona melihat gandingan Lee Min-ho dan Kim Go-eun dan teruja dengan plot dunia selari yang jarang diteroka dalam naskhah lain.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...