Ikuti Kami:

Sudah Pun Timang Anak Pertama, Bekas Ahli F.T. ISLAND Oh Wonbin Umum Akan Kahwin

Sudah Pun Timang Anak Pertama, Bekas Ahli F.T. ISLAND Oh Wonbin Umum Akan Kahwin

Bekas ahli F.T. ISLAND Oh Won-bin atau nama sebenar Oh Sung-hyun, telah mengumumkan bahawa dia akan berkahwin tidak lama lagi dan kini sudah pun menimang cahaya mata pertama!

Pada 5 Disember, bekas ahli kumpulan lelaki itu mengumumkan melalui Instagram peribadinya bahawa dia telah dikurniakan “kehidupan baru” semasa pandemik COVID-19. Dia mengumumkan bahawa dia dan bakal isterinya merancang untuk berkahwin tidak lama lagi.

Sebagai seorang selebriti, dia berkata dia berasa ‘jahat’ atau ‘kasihan’ untuk kedua-dua bayi dan untuk semua orang, kerana kesusahannya yang terpaksa merahsiakan segala-galanya.

https://www.instagram.com/p/CXGApSFFfL7/?utm_source=ig_web_copy_link

Berikut adalah ucapan oleh Oh Won-bin:

Saya akan berkahwin. Semasa pandemik COVID-19, saya secara senyap telah dikurniakan kehidupan baru yang berharga. Kami belum dapat berjalan di lorong perkahwinan, tetapi nampaknya Leo (anjing peliharaannya yang baru mati) telah menghantar saya kehidupan baru ini, dan jadi saya menjalani hidup saya dengan gembira.

Saya pada asalnya berhasrat untuk menyebarkan jemputan rasmi untuk perkahwinan dengan gambar dan segala-galanya, tetapi keadaan telah mengambil laluan yang berbeza kerana kami tidak dapat mengadakan acara yang sah disebabkan keadaan tertentu.

Setiap kali saya melihat anak saya itu, saya memikirkan jumlah keberkatan yang sepatutnya diterima oleh kehidupan baru ini. Tetapi saya berasa sangat sedih untuk kedua-dua bayi dan untuk orang lain kerana kesukaran saya yang terpaksa merahsiakan segala-galanya.

Orang yang bakal bergelar isteri saya tidak lama lagi, adalah seseorang yang sudah lama saya kenali sejak saya berumur 17 tahun. Dia banyak membantu saya setiap kali saya sedih dan dia sentiasa berada di sisi saya beberapa tahun kebelakangan ini. Dia seorang guru lakonan, jadi saya menerima banyak bantuan dalam pelbagai cara. Walaupun saya tidak dapat memuat naik sebarang gambar kehidupan cinta kami atau bayi kami di akaun media sosial peribadi saya, saya berterima kasih kepadanya kerana tidak pernah merungut.

Saya memohon maaf kerana tidak mendedahkan perkara ini lebih awal, dan terima kasih semua atas sokongan melalui komen dan mesej seperti biasa.

oh wonbin akan kahwin

Tahniah Oh Won-bin dan pasangan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...