Ikuti Kami:

Sudah Pulih Dari COVID-19, Rosé BLACKPINK Muat Naik ‘Vlog’ Baharu Di YouTube Buat Peminat

Sudah Pulih Dari COVID-19, Rosé BLACKPINK Muat Naik ‘Vlog’ Baharu Di YouTube Buat Peminat

Rosé BLACKPINK telah disahkan pulih sepenuhnya dari COVID-19.

Pada 28 Februari lalu, Rosé BLACKPINK diuji positif bagi COVID-19, dan telah membatalkan segala aktivitinya di luar negara. Hari ini pada 7 Mac, YG Entertainment mengumumkan bahawa Rosé telah dibebaskan daripada kuarantin dan mengesahkan bahawa kesihatannya dalam keadaan baik kini. Menurut agensi itu,

Rosé BLACKPINK telah dibebaskan daripada kuarantin semalam (6 Mac) berikutan penghakiman dari pihak berkuasa kesihatan bahawa tiada lagi kebimbangan mengenai penyebaran COVID-19. Rosé, yang telah menerima rawatan di rumah selepas melengkapkan vaksinasi COVID-19, tidak mempunyai sebarang gejala khusus dalam tempoh ini dan mengesahkan bahawa kesihatannya dalam keadaan baik.

Berikutan itu, Rosé juga telah memuat naik video ‘vlog’ baharu di YouTube peribadi miliknya, selepas mengambil berat tentang peminat yang rindu dan merisaukan tentang keadaannya sepanjang tempoh kuarantin.

Di dalam video tersebut, Rosé dilihat sedang menghadiri kelas masakan, di mana dia belajar untuk buat kuih Madeleine yang menyelerakan.

Tonton ‘vlog’ penuh Rosé di atas!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...