Ikuti Kami:

Sudah Berusia 42 Tahun, Ha Jiwon Kongsi Rahsia Supaya Wajah Kekal Awet Muda

Sudah Berusia 42 Tahun, Ha Jiwon Kongsi Rahsia Supaya Wajah Kekal Awet Muda

Siapa tak kenal dengan pelakon Ha Ji-won? Sudah pun 25 tahun terlibat dalam bidang lakonan di Korea, wanita ini ternyata merupakan antara pelakon yang menjadi rebutan ramai pengarah dan produser.

Diam tak diam, Ha Ji-won kini sudah pun menginjak usia 42 tahun namun pasti ramai yang tak percaya kerana wajahnya yang kekal sama seperti awal kemunculannya. Awet muda sungguh!

Disebakan oleh raut wajahnya yang kekal muda seperti masih berusia 20-an, ramai yang berasa ingin tahu dengan ramuan rahsia kecantikannya. Menerusi satu temu ramah yang dijalankan baru-baru ini, Ha Ji-won mendedahkan bahawa wajahnya kekal muda dek kerana sering ketawa. Jalsnya lagi, dia percaya bahawa kegembiraan yang diperolehinya daripada gelak ketawa mampu memberi kesan kepada kulit sentiasa terus tegang.

rahsia kecantikan ha jiwon

Ada lagi rahsia lain! Rupanya Ha Ji-won juga berkongsi bahawa dia menjamah 3 biji lemon setiap hari bagi membantu kulit wajahnya terus nampak muda.

Rahsia peribadi saya ialah menjamah lemon dengan kuantiti yang banyak. Saya makan lebih kurang 3 biji sehari.

Ianya masam dan ekspresi wajah yang dibuat oleh awak pastikan akan membuatkan kulit menjadi tegang, tambahan pula bila awak ketawa. Pipi saya tiada masa untuk turun!

rahsia kecantikan ha jiwon

Para peminat Ha Ji-won bolehlah cuba ikuti tips rahsia ini! Mana tahu anda mungkin mengalami kesan yang sama dengan pelakon itu.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...