Ikuti Kami:

Sudah Berusia 13 Tahun, Model Cilik Ella Gross Digelar ‘Adik Jennie’ Jadi Pelakon Kini

Sudah Berusia 13 Tahun, Model Cilik Ella Gross Digelar ‘Adik Jennie’ Jadi Pelakon Kini

Siapa tak kenal Ella Gross iaitu model cilik yang mempunyai kacukan Korea dan Amerika Syarikat.

Memiliki wajah cantik sedari kecil selain digelar ‘adik Jennie BLACKPINK’, dia sudah pun mencecah usia 13 tahun kini.

Bukan sahaja terkenal kerana menjadi model untuk pelbagai jenama popular seperti H&M dan ZARA, remaja itu nampaknya semakin berjinak-jinak dalam dunia lakonan.

ella gross malibu rescue

Bahkan wataknya sebagai Shasha dalam filem Netflix “Malibu Rescue: The Next Wave” menerima pujian ramai. Malah naskhah tersebut berjaya menduduki tangga pertama di Netflix Amerika Syarikat semasa tayangannya.

Dalam pada itu, Ella Gross turut membuat kemunculan dalam salah satu francais :Star Trek” iaitu “Star Trek: Picard”. Dia melakonkan watak utama Soji Asha ketika kecil di mana penonton turut menantikan lakonannya di dalam musim kedua nanti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ella G. 🦋 (@ellagross)

Model ini juga dilihat terus mengekalkan hubungan rapat bersama ahli BLACKPINK di mana dia bernaung di bawah satu bumbung iaitu YG Entertainment.

Semakin cantik kan Ella?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...