Ikuti Kami:

Sudah Berlakon Banyak Naskhah Popular, Park Minyoung Pilih Drama Paling Seronok Dan Paling Susah

Sudah Berlakon Banyak Naskhah Popular, Park Minyoung Pilih Drama Paling Seronok Dan Paling Susah

Peminat K-Drama pasti kenal sangat dengan pelakon popular iaitu Park Min-young. Sudah berlakon dalam pelbagai drama sehingga ramai yang meletakkan kepercayaan tinggi pada naskhah yang dibintangi olehnya.

Menerusi satu temuramah dengan majalah ‘Cosmopolitan’, pelakon wanita ini mendedahkan drama mana yang menyebabkan dia berasa puas berlakon dan juga projek mana yang membuatkan dia berasa menyesal.

Saya sangat seronok bekerja ketika ‘What’s Wrong With My Secretary’. Saya berasa sangat bahagia semasa berlakon sehingga rasa seperti mahu terbang. Ia memulihkan keghairahan dan cinta saya pada bidang lakonan.

park minyoung

Jelas Park Min-young lagi, drama “Sungkyungkwan Scandal” membuatkan dia berasa mahu berlakon buat sepanjang hidupnya.

Seperti drama itu adalah cinta pertama saya.

Buat drama “I’ll Go Yo You When Weather Is Nice” pula membuatkan tekanan yang dirasainya hilang begitu sahaja.

Buat pertama kali saya berlakon seperti air yang mengalir pergi. Ia sangat menyegarkan dan saya sukakannya.

park minyoung

Pun begitu, wanita tersebut mengakui bahawa dia mengalami kesukaran berlakon dalam “I’ll Go To You When The Weather Is Nice”.

Ini kerana saya perlu menonjolkan lakonan yang memberi fokus kepada perasaan di dalam watak tersebut. Sampaikan saya berasa tak apa ke sekiranya mempunyai skrip yang pendek seperti ini? Watak tersebut adalah sangat berbeza dengan diri saya dalam dunia realitu dan saya sendiri tidak pasti dengan tanggapan penonton mengenainya.

Selepas tamat tayangan “I’ll Go To You When The Weather Is Nice”, Park Min-young mengambil peluang ini untk berehat dan ‘qada’ tidurnya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...