Ikuti Kami:

Sudah 8 Hari, ‘Sweet Home’ Kekal No 1 Dalam Ranking Program Popular Netflix Malaysia

Sudah 8 Hari, ‘Sweet Home’ Kekal No 1 Dalam Ranking Program Popular Netflix Malaysia

“Sweet Home” nampaknya masih lagi diterima baik oleh rakyat Malaysia sejak daripada awal tayangannya lagi!

Sudah pun memasuki Netflix sejak 18 Disember lepas, drama adaptasi webtoon itu kekal popular di Malaysia dan juga negara Asia lain seperti Filipina, Taiwan, Singapura, Hong Kong dan Thailand.

Kalau anda nak tahu, “Sweet Home” menceritakan kisah seram dilalui oleh seorang pelajar sekolah menengah yang baru sahaja berpindah ke sebuah flat bernama Green Home dan diugut oleh raksasa yang cuba untuk melenyapkan seluruh umat manusia daripada muka bumi ini.

sweet home malaysia

Di Malaysia, “Sweet Home” berada di No 1 sejak 8 hari lepas dan tidak menunjukkan sebarang isyarat untuk menerikan laluan kepada program lain yang bersiaran di laman penstriman itu.

Bahkan “Sweet Home” turut berada lagi di dalam ranking Netflix Global di tangga ke-5. Dahsyat!

Dengar cerita, memang ramai yang seronok tonton “Sweet Home” kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...