Ikuti Kami:

Sudah 4 Episod Bersiaran, Drama Lakonan Ju Jihoon ‘Light Shop’ Terima Respon Positif Penonton

Sudah 4 Episod Bersiaran, Drama Lakonan Ju Jihoon ‘Light Shop’ Terima Respon Positif Penonton

Siri asal Disney+ Hotstar “Light Shop” yang mula ditayangkan pada 4 Disember mendapat reaksi hangat daripada penonton.

Sebagai karya pengarahan pertama pelakon Kim Hee-won dan skrip kedua penulis Kang Full, siri ini sangat dinanti-nantikan oleh peminat di seluruh dunia. Episod 1 hingga 4 mempersembahkan kisah misteri di sekeliling watak-watak dalam dunia “Light Shop”, penuh dengan ketakutan dan kejutan besar apabila identiti sebenar mereka terbongkar.

Pertama sekali, terdapat misteri mengenai Hyunmin (dilakonkan oleh Uhm Tae-goo) yang kerap bertemu wanita yang sama di perhentian bas, Sun-hae (Kim Min-ha) yang mendapati lampu di rumah barunya sering padam hingga terperangkap dalam kegelapan, dan Hyun-ju (Shin Eun-soo) serta Jiwoong (Kim Gi-hae) yang terjebak dalam situasi menakutkan apabila mereka bertemu dengan individu yang aneh.

light shop

Dalam episod-episod seterusnya, identiti sebenar watak-watak ini terungkap dalam episod keempat, meninggalkan penonton dengan kejutan yang menakutkan. Penonton semakin tertanya-tanya mengapa mereka mengalami kejadian aneh dan apakah takdir yang menanti setiap dari mereka seterusnya.

Di samping itu, watak pemilik “Light Shop”, Won-young (Ju Ji-hoon) yang boleh melihat orang yang tidak dapat dilihat oleh orang lain, dan jururawat Young-ji (Park Bo-young) turut mendapati kejutan besar apabila berhadapan dengan watak-watak misteri yang belum pernah mereka lihat sebelum ini.

Siri “Light Shop” yang meneroka kisah pelanggan misteri dengan rahsia gelap akan menayangkan episod 5 dan 6 pada 11 Disember di Disney+ Hotstar.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Sports Today

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...