Ikuti Kami:

“Suaranya…” – Pertama Kali Berlakon, Apa Kata Penonton Lihat Lakonan Jisoo BP Dalam ‘Snowdrop’?

“Suaranya…” – Pertama Kali Berlakon, Apa Kata Penonton Lihat Lakonan Jisoo BP Dalam ‘Snowdrop’?

Terbukti merupakan idola yang hebat dalam dunia K-Pop, sudah pastinya ahli BLACKPINK mahu mencuba cabaran baru dalam karier mereka.

Buat Jisoo, nampaknya dia memilih untuk memberikan fokus dalam dunia lakonan. Selepas membuat kemunculan sebagai cameo dalam drama “Arthdal Chronicles” sebelum ini, gadis itu mencabar dirinya sebagai pelakon utama untuk drama “Snowdrop”.

Membawa watak Eun Young-ro, dia merupakan seorang pejar universiti yang naif dan baik orangnya. Malah dia langsung tak lokek menghulurkan bantuan kepada sesiapa yang memerlukan.

jisoo snowdrop

Merupakan percubaan pertama sebagai heroin, sudah pasti ramai yang mempunyai pendapat mengenai lakonannya. Baru berjinak dalam dunia lakonan, semestinya akan ada komen kritikan dan juga pujian.

Kata penonton, sebutan dialog sepertinya nama wataknya sendiri agak kurang jelas namun ekspresi yang ditunjukkan adalah baik.

jisoo snowdrop

Komen mereka:

Jisoo-ya, awak sangat cantik dan bagus percubaan pertama awak dalam lakonan.

 

Asalnya saya risau dengan Jisoo tapi lakonannya bagus.

 

Suaranya kedengaran sedikit menggumam seperti ada benda yang tersekat..

 

Agak bagus lakonan Jisoo bagi seseorang yang baru pertama kali berlakon.

 

Intonasinya agak mengecewakan tapi eksresinya boleh tahan baik, tak sangka.

 

Okay juga lakonannya.

 

Ekspresi wajahnya okay tapi sebagai seorang pelakon, cara penyampaian dialog yang tak bagus adalah masalah besar. Sebutannya.. Sukar untuk didengari kerana dia menggumam.

Biasalah baru pertama kali berlakon kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...