Ikuti Kami:

Suami Cuba Bunuh Isteri Tapi Isteri Hilang Diculik, Drama 19+ ‘My Dangerous Wife’ Mula Dengan Rating Baik

Suami Cuba Bunuh Isteri Tapi Isteri Hilang Diculik, Drama 19+ ‘My Dangerous Wife’ Mula Dengan Rating Baik

Melihat sambutan hebat drama “The World Of The Married”, rasanya ramai juga yang sebenarnya dalam diam minat drama mengenai perkahwinan dan pengkhianatan yang dilalui oleh pasangan suami isteri. Sekiranya betul, anda mungkin tak mahu lepaskan peluang untuk menonton drama terbaru MBN iaitu “My Dangerous Wife”.

Sinopsis ringkas

Sudah pun berkahwin selama 6 tahun, Shim Jae-kyung (Kim Jung-eun) merupakan seorang yang bijak, baik dan kaya namun suaminya dalam diam mula berasa bosan dengan perkahwinan ini. Dalam diam, suaminya iaitu Kim Yoon-cheol (Choi Won-young) bermain cinta dengan Jin Su-mi (Choi Yoo-hwa) iaitu pekerja di restorannya. Tanpa disangka, kehidupan Shim Jae-kyung yang bahagia itu mula serabut selepas dia terlibat dengan sebuah kes penculikan misteri.

episod awal my dangerous wife

Episod awal penuh persoalan

[Amaran SPOILER]

Daripada apa yang ditonjolkan, Kim Yoon-cheol sepertinya memasuki perkahwinan ini tanpa perasaan langsung bahkan babak dia mengelap mulut sendiri selepas dicium Shim Jae-kyung berterusan membuktikan bahawa lelaki itu tidak mempunyai perasaan terhadap isterinya. Lebih mengejutkan apabila dia kini sedang merancang untuk membunuh isterinya untuk secara senyap-senyap dan dibantu oleh kekasih gelapnya, Jin Su-mi.

Pun begitu, Shim Eun-kyung juga mempunyai rahsianya tersendiri. Penonton langsung tak tahu diri wanita iu yang sebenarnya melainkan apa yang disampaikan oleh orang lain seperti suami dan keluarga mertuanya. Kim Yoon-cheol mengatakan bahawa dia ‘membebankan’ dan ‘terlalu sempurna’ manakala keluarga mertuanya menyukainya kerana dia seorang yang baik dan bekerja keras.

episod awal my dangerous wife

Episod awal ini menunjukkan bahawa Shim Eun-kyung telah diculik dan didera namun ramai yang meremang bulu roma apabila dalam keadaan terbaring dan tak sedarkan diri, wanita itu kelihatan tersenyum sinis. Malah kesemua bukti menunding jari kepada Kim Yoon-cheol sebagai dalang utamanya. Adakah dia telah merancang kesemua kejadian ini bagi membalas dendam untuk perbuatan suaminya? Sama-sama kita nantikan.

Plot berat dan 19+

Walaupun sedikit mengelirukan kerana babak yang seperti dipotong-potong, namun penonton meluahkan rasa teruja untuk menonton muslihat kedua-dua Shim Eun-kyung dan Kim Yoon-cheol. Bahkan “My Dangerous Wife” telah mempunyai rating penonton 19 tahun dan ke atas kerana plotnya yang tidak sesuai untuk tontonan bawah umur.

episod awal my dangerous wife

Episod yang dicatatkan oleh drama ini untuk tayangan awalnya juga boleh tahan baik kerana episod perdananya berjaya meraih catatan rating sebanyak 2.578%. Sesuatu catatan yang baik!

Kalau anda nak tahu, drama ini diadaptasi daripada drama Jepun dengan tajuk yang sama. Sesiapa yang minat “The World Of The Married” memang patut tonton “My Dangerous Wife”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...