Ikuti Kami:

Stres Melampau Dek Seorang Wanita Asyik Intip Gerak Geri, Nichkhun 2PM Fail Perintah Larangan

Stres Melampau Dek Seorang Wanita Asyik Intip Gerak Geri, Nichkhun 2PM Fail Perintah Larangan

Kehidupan sebagai idola K-Pop bukanlah indah semata-mata, kebanyakan daripada mereka terpaksa mengorbankan kehidupan peribadi dek sering ‘diserbu’ oleh peminat tegar hampir saban hari.

Mungkin disebabkan oleh stres dan berasa terancam, Nichkhun daripada kumpulan 2PM telah menfailkan perintah larangan terhadap seorang wanita yang ditangkap mengintip pergerakannya. Dikhabarkan bahawa idola itu telah menfailkan permintaan tersebut pada 6 Julai lepas.

Menurut laporan media, berdasarkan daripada cerita yang didengari dalam komuniti yang terlibat dengan undang-undang, Mahkamah Daearah Seoul Tengah mengadakan sesi soal siasat pertama pada 5 Ogos atas permintaan yang dipinta oleh Nichkhun.

Mahkamah sudah pun mendengarkan kenyataan daripada kedua-dua belah pihak iaitu Nichkhun dan wanita yang dituduh (dikenali sebagai ‘Kim’). Keputusan selanjutnya akan dibuat selepas mereka meneliti kedua-dua kenyataan mereka.

nichkhun failkan saman buat peminat fanatik

Bahkan agensi naungan Nichkhun iaitu JYP Entertainment turut memberikan kenyataan mengenai hal tersebut.

Kami sedang bertimbang balik untuk menfailkan aduan jenayah terhadap ‘Kim’ dan kami akan mengenakan tindakan yang keras selain tak akan berlembut.

Artis kami berada dalam keadaan stres tekanan yang tiada kesudahan, dan ia sudah ke tahap yang melampau.

Semoga permintaan Nichkhyun untuk menjauhkan wanita tersebut daripada berada berdekatan dengannya berhasil.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...