Ikuti Kami:

‘Start-Up’ Raih Rating Baik Sepanjang Tayangan, Episod Akhir Buat Penonton Beri Respons Bercampur

‘Start-Up’ Raih Rating Baik Sepanjang Tayangan, Episod Akhir Buat Penonton Beri Respons Bercampur

Drama paling ‘hot’ untuk tahun 2020 ini sudah pun melabuhkan tirainya. Puas hati tengok ending “Start-Up”?

“Start-Up” berlatarbelakangkan ‘Silicon Valley’ fiksyen Korea yang diberi nama ‘Sandbox’ dan ia membawa kisah mengenai individu yang terlibat dalam dunia syarikat ‘start up’. Malah ia diterajui oleh pelakon hebat seperti Kim Seon-ho, Kang Han-na, Nam Joo-hyuk dan Bae Suzy.

[Amaran SPOILER]

Hanya bahagia menanti kini

Walaupun seperti mahu berpindah ke Amerika Syarikat, namun kata-kata menyentuh perasaan nenek Dal-mi membuatkan Ji-pyung memilih untuk meneruskan kehidupannya di Korea. Malah lelaki itu juga menjelaskan segalanya kepada Dal-mi mengenai hubungan mereka dan Do-san. Katanya. Do-san lebih layak untuknya memandangkan dia terus mencari Dal-mi selepas membaca surat itu walhal dia hanya mendiamkan diri selama 15 tahun lamanya.

episod akhir start-up

Bahkan Cheongmyeong Company juga berjaya menjejaki siapa disebalik ‘serangan ransomware’ yang hampir merosakkan produk mereka. Dal-mi dan Do-san juga kini semakin menghampiri kejayaan apabila berjaya memenangi bidaan projek ‘kereta pandu sendiri’ dengan bantuan kakitangan syarikat mereka yang lain. Walaupun sering bertekak pada awalnya, namun Ji-pyung dan Do-san sepertinya sudah berbaik apabila Do-san menerima tawaran Ji-pyung yang mahu melabur dalam syarikatnya.

episod akhir start-up

Bagi In-jae pula, setelah sekian lama menjauhkan diri daripada keluarganya, dia kembali berjumpa dengan nenek selepas menukar nama keluarganya daripada ‘Won’ kepada ‘Seo’ bagi membuktikan bahawa dia adalah keluarga mereka buat selama-lamanya. Dal-mi dan dia juga kini sudah mampu untuk duduk bersama tanpa bertikam lidah lagi dan membuktikan siapa yang lagi hebat.

episod akhir start-up

Di akhir episod itu, dapat dilihat bahawa Dal-mi dan Do-san akhirnya sudah pun berkahwin dan mempunyai syarikat yang lebih maju dengan kakitangan yang ramai. Ji-pyung dan In-jae nampaknya berpuas hati dengan kehidupan mereka. Bahagia semuanya!

episod akhir start-up

Rating baik 

Untuk episod terakhir ini, “Start-Up” berjaya meraih rating yang baik iaitu 4.9% dan 5.2%. Pun begitu ia tidak mampu mengalahkan rekod peribadi terbaiknya iaitu 5.4%.

Sering mendapat perhatian ramai, rata-rata penonton meluahkan rasa puas hati meskipun masih ada beberapa persoalan yang belum dijawab. Ada yang menanyakan kenyataan Ji-pyung yang mengatakan bahawa bukanlah dia yang menulis surat itu sedangkan kenyataannya dialah penulis sebenar surat tersebut. Walaupun Do-san yang bertindak mencari Dal-mi dahulu, tak bermaksud ia boleh memadamkan kenyataan bahawa Ji-pyung ialah penulis asalnya.

Bahkan ramai yang merasakan penulis telah mensia-siakan watak In-jae sepanjang tayangan “Start-Up”. Lagi pula ada yang tidak dapat menerima alasan bahawa dia tidak bersama kembali dengan keluarganya hanya kerana memiliki nama keluarga ‘Won’ dan bukannya ‘Seo’. Sehinggakan wanita itu langsung tidak mengetahui keadaan mata nenek yang kian teruk.

[SPOILER Tamat]

Apa pun, penonton nyata terpaksa berpuas hati dengan apa yang ditayangkan. Anda pula bagaimana, oaky tak dengan ending?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...