Ikuti Kami:

“‘Standard’ Awak Tinggi..”- Byul Dedah Masih Cari Pasangan Buat Kim Jongkook Hingga Kini

“‘Standard’ Awak Tinggi..”- Byul Dedah Masih Cari Pasangan Buat Kim Jongkook Hingga Kini

Baru-baru ini dalam siaran 25 Januari program “Problem Child in House”, isteri Haha iaitu Byul telah tampil sebagai tetamu.

Khususnya dalam episod tersebut, Byul mengimbas kembali detik suaminya Haha memberitahu Kim Jong-kook bahawa mereka sedang menjalinkan hubungan dan akan berkahwin tak lama lagi. Byul berkata pada awalnya,

Seperti yang anda tahu, mereka sangat rapat dan Haha sangat menyayangi Jong-kook. Jadi, Haha sebenarnya ingin beritahu Jong-kook ketika dia bercinta dengan saya dan kami telah memutuskan untuk berkahwin. Tapi, dia tidak memberitahu sesiapa tentang kami bagi melindungi saya.

Kemudian, Byul mendedahkan bahawa Kim Jong-kook dan ahli “Running Man” lain mengetahui mengenai berita perkahwinannya bersama Haha, di majlis hari jadi ayah mertuanya. Jelas Byul,

Haha menyampaikan berita itu kepada mereka di majlis berkenaan. Dia memberitahu mereka bahawa kami akan berkahwin. Saya ingat bahawa Jong-kook sangat terkejut. Semua orang di sana mengucapkan tahniah kepada kami tetapi Jong-kook tidak.

byul haha kim jongkook

Ulas Kim Jong-kook mengenai ini,

Saya juga menjatuhkan sudu di atas lantai kerana saya terlalu terkejut. Haha dan saya adalah adik-beradik ‘bujang’. Tetapi dia bercinta dan berkahwin? Itu terlalu berat untuk saya ketika itu. Saya tidak percaya yang saya telah kehilangan adik bujang saya.

Sejak itu, Byul mula mencari jodoh buat Kim Jong-kook. Dia berkata,

Saya telah mencari pasangan buat Jong-kook selama bertahun-tahun kini, tetapi tidak berjaya. Dia menolaknya setiap kali. Setiap wanita dalam industri terlintas di fikiran saya sebagai bakal teman wanita atau isteri Kim Jong-kook sekurang-kurangnya untuk satu saat.

Kim Jong-kook kemudiannya mengulas sambil ketawa,

Saya tak suka temu janji yang diatur. Ia adalah sesuatu yang saya tidak suka menjadi sebahagian daripadanya. Itulah sebabnya.

byul kim jongkook

Respon Byul kembali,

Saya rasa awak mempunyai ‘standard’ yang tinggi. Saya sentiasa mencari pasangan untuk awak. Saya masih mencarinya sehingga hari ini.

Semoga Kim Jong-kook dapat jumpa pasangan yang sesuai buatnya!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...