Ikuti Kami:

Staf Drama ‘Run On’ Sekali Lagi Positif COVID-19, Im Siwan & Shin Sekyung Jalani Pemeriksaan & Dikuarantin

Staf Drama ‘Run On’ Sekali Lagi Positif COVID-19, Im Siwan & Shin Sekyung Jalani Pemeriksaan & Dikuarantin

Merisaukan apabila salah seorang staf pihak produksi drama JTBC terbaru iaitu “Run On” disahkan positif COVID-19 baru-baru ini.

Drama yang kini sedang dalam proses penggambaran itu dibintangi oleh pelakon popular seperti Im Si-wan, Shin Se-kyung, Soo-young (Girls’ Generation) dan Kang Tae-oh.

Menurut JTBC,

Salah seorang staf produksi telah disahkan positif virus tersebut. Kami menghentikan penggambaran dengan serta-merta dan kesemua staf dan pelakon yang berada dalam ruangan yang sama dengan mangsa kini sedang menjalani kuarantin dan sedang diperiksa.

jtbc run on tangguh penggambaran

Dari kiri atas: Im Si-wan, Shin Se-kyung; Dari kiri bawah: Choi Soo-young, Kang Tae-oh

Agensi naungan Soo-young juga turut memberikan kemas kini mengenai keadaan pelakon itu,

Choi Soo-young dan stafnya tidak mempunyai kontak rapat dengan pesakit yang disahkan positif tersebut, jadi mereka tidak perlu menjalani pemeriksaan dan siasatan. Pun begitu, mereka kini sedang dikuarantinkan dan sedang meneliti keadaan semasa.

Sementara menantikan keputusan pemeriksaan yang bakal diumumkan pada 28 September ini, tidak pasti sama ada drama tersebut akan menyambung penggambaran dalam masa terdekat ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...