Ikuti Kami:

Staf Di Set Drama ‘Hello? It’s Me!’ Positif COVID-19, Ujian Kim Youngkwang Sah Negatif

Staf Di Set Drama ‘Hello? It’s Me!’ Positif COVID-19, Ujian Kim Youngkwang Sah Negatif

Risau betul bila ada individu yang positif COVID-19 di set penggambaran, sebabnya ramai staf lain serta pihak produksi dan pelakon yang terdedah dengan risiko dijangkiti sekali.

Selepas salah seorang staf di set penggambaran drama “Hello? It’s Me!” disahkan positif wabak tersebut, penggambaran drama itu dihentikan serta-merta dan semua kakitangan yang merupakan kontak rapat individu tersebut termasuklah Kim Young-kwang turut menjalani pemeriksaan.

Agensi pelakon itu kemudiannya memberikan laporan terbaru mengenai ujian tersebut dan mengatakan bahawa Kim Young-kwang disahkan negatif COVID-19 dan kini sedang menjalani kuarantin. Selain itu, jadual penggambaran akan diatur semula untuk kesenangan semua pihak yang terlibat.

kim youngkwang negatif covid-19

Kalau anda nak tahu, “Hello? It’s Me” ialah sebuah drama romantik fantasi mengenai wanita berusia 37 tahun yang dipujuk semula oleh dirinya yang berusia 17 tahun. Kim Young-kwang merupakan hero utama dan ianya bakal disiarkan pada Januari 2021.

Semoga Kim Young-kwang dapat berehat sepenuhnya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...