Ikuti Kami:

‘Squid Game’ Terpalit Kontroversi, Didakwa Plagiat Filem Lain & Merendahkan Wanita

‘Squid Game’ Terpalit Kontroversi, Didakwa Plagiat Filem Lain & Merendahkan Wanita

Sepertinya drama bersiri Netflix terbaru “Squid Game” menjadi bualan ramai kini?

Untuk pengetahuan, ia adalah drama fantasi gelap mengenai sebuah permainan survival misteri dengan tawaran ganjaran sebanyak 45.6 bilion won (RM163.5 juta) yang dibintangi oleh pelakon popular seperti Lee Jung-jae, Park Hae-soo, Heo Sung-tae, Wi Ha-joon dan Jung Ho-yeon.

Meksipun menerima pujian kerana keunikan ceritanya namun terdapat suara sumbang yang mengkritik beberapa aspek siri ini.

[Amaran SPOILER]

Seiras “As The God Wills”

Ulasan mengenai persamaan antara plot “Squid Game” dan sebuah filem Jepun (2014) ini memenuhi beberapa laman komuniti sejak ia belum diriliskan secara global di Netflix beberapa hari lalu.

Perdebatan itu bermula kerana permainan pertama dalam siri Netflix ini iaitu “Mugunghwa Flower Has Bloomed” yang sama dengan salah satu permainan dalam “As The God Wills” di mana naskhah Korea itu menggunakan patung besar yang menakutkan manakala filem Jepun itu menggunakan patung yang berwajah menyeramkan di mana sesiapa yang tertangkap bergerak akan dibunuh.netflix squid gameDisebabkan oleh itu, pengarah Hwang Dong-hyuk ada menjawab mengenai persamaaan tersebut dalam sidang media baru-baru ini,

Semasa penggambaran, saya ada terdengar suara yang mengatakan ia seakan sama dengan ‘As The God Wills’, namun permainan ‘Mugunghwa Flower Has Bloomed’ memang sudah ditulis oleh saya dalam skrip pada tahun 2009. Hanya itu plot yang sama dan langsung tiada kaitan dengan filem tersebut. Saya tidak meniru sesiapa dan saya adalah yang pertama memandangkan saya yang menulisnya dahulu.

Objektifikasi wanita

“Squid Game” juga menerima kritikan ramai kerana sepertinya merendahkan kebolehan wanita di dalam drama tersebut. Terutamanya apabila watak Han Mi-nyeo (Kim Joo-ryung) yang asyik mengutamakan kecantikannya dan menggunakan ‘badan’ bagi mendekatkan diri dengan kuasa besar di dalam permainan itu.netflix squid gameSelain daripada itu, patung wanita yang duduk dalam keadaan ghairah di dalam ruangan VIP sekaligus merendahkan maruah kaum tersebut. Malah kebanyakan daripada watak lelaki di dalamnya sering menggunakan perkataan untuk merendahkan wanita selain mengelak untuk bermain dengan mereka kerana risau bakal gagal dalam permainan itu.

Ada juga suara yang mengatakan watak Kang Sae-byeok (Jung Ho-yeon) mati tanpa keadilan yang baik memandangkan dia pergi kerana kecederaan akibat tertikam kaca selain dibunuh Cho Sang-woo (Park Hae-soo) dan bukannya kerana menemui ajal dek permainan tersebut.

[SPOILER Tamat]

Bagaimana pula dengan pendapat anda?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...