Ikuti Kami:

“‘Squid Game’ Ialah Hadiah Buat Saya Sepanjang 20 Tahun Berlakon” – Kim Jooryoung

“‘Squid Game’ Ialah Hadiah Buat Saya Sepanjang 20 Tahun Berlakon” – Kim Jooryoung

Tidak dapat dinafikan watak Han Mi-nyeo merupakan ‘perencah’ yang membuatkan “Squid Game” lebih menarik.

Kepercayaan pengarah Hwang Dong-hyuk nyata berasas buat Kim Joo-ryoung apabila wanita itu tidak perlu melalui sebarang audisi dan terus sahaja dilamar untuk membawa watak berkenaan. Ini kerana mereka pernah bekerjasama dalam filem “Silenced” selain lelaki itu yang kagum demgan lakonannya dalam ‘SKY Castle”.

Malah babak yang melibatkan Han Mi-nyeo merupakan antara yang diingati penonton. Disebabkan itu, Kim Joo-ryoung menerima respon yang positif selain pengikut akaun Instagramnya bertambah dari 400 orang sahaja kepada 1.9 juta kini sekaligus membuktikan kepopularitiannya.

Disukai ramai, Kim Joo-ryoung memberikan sedikit gambaran mengenai watak Han Mi-nyeo,

Mi-nyeo ialah satu karakter yang dinamik. Lebih teruk, dia seperti menaiki roller-coaster. Meskipun memilih dan biadap, di dalamnya, dia merupakan seorang yang sunyi berbanding orang lain, takutkan orang lain, dan tidak boleh menyesuaikan diri di mana-mana, jadi saya berasa sangat kesian dengannya.

kim jooryoung

Sudah 20 tahun dalam bidang lakonan, dia mengakui bahawa “Squid Game” membawa kegembiraan dan keterujaan sepanjang prosesnya. Malah dia bersetuju bahawa umum mula mempelajari mengenai namanya disebabkan oleh siri itu.

Saya anggap ia sebagai hadiah kerana tidak berputus asa sepanjang 20 tahun ini.

Dalam pada itu, Kim Joo-ryoung menjelaskan bahawa dia agak gentar untuk menghadapi masa hadapan dan terbeban kerana jangkaan ramai.

Tiada Kim Joo-ryoung, tiadalah Han Mi-nyeo kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...