Ikuti Kami:

“Sorang Acah Lisa, Sorang Acah Rosé”- DOLLA Baru Jejak Dunia Seni Tempatan, Dah Dituduh Tiru BLACKPINK

“Sorang Acah Lisa, Sorang Acah Rosé”- DOLLA Baru Jejak Dunia Seni Tempatan, Dah Dituduh Tiru BLACKPINK

Umum mengetahui bahawa genre K-Pop kini sedang ‘berleluasa’ di seluruh dunia sampaikan banyak negara lain yang cuba ‘mencilok’ konsep tersebut untuk menubuhkan kumpulan yang lebih sama dengan mereka di dalam negara sendiri. Kalau anda ingat, di Malaysia juga pernah ada percubaan ini pada suatu ketika dahulu di mana terdapat kumpulan lelaki yang dipanggil 24/7 namun impian tersebut disambut dingin.

Terbaru, satu kumpulan baru yang diberi nama DOLLA telah menggemparkan dunia seni Malaysia dengan bakat mereka. Dianggotai oleh 4 orang gadis rupawan iaitu Sabronzo, Tabby, Syasya dan Angel dan mereka juga telah mengeluarkan single terbaru ‘Make You Wanna’ bagi mengetengahkan bakat kepada peminat tempatan.


Kalau anda dengar liriknya, ia menceritakan tentang kekuatan dan keyakinan diri seorang wanita sambil diiringi dengan muzik yang seksi. Tak cukup dengan itu, video muzik single ini membawa sinematografi yang gelap namun menarik selain setiap daripada ahli DOLLA bergerak lincah dari mula sehingga ke hujung lagu.

Pun begitu, rata-rata peminat K-Pop di Malaysia mengatakan bahawa kumpulan itu terlampau cuba kelihatan seperti kumpulan Korea popular BLACKPINK. Termasuklah ahli kumpulan yang sama jumlahnya dengan kumpulan popular dengan lagu ‘DDU-DU DDU DU’

blackpink

Disebabkan DOLLA menandatangani kontrak pada September lepas dengan Universal Music Malaysia, segelintir netizen mempersoalkan tempoh latihan mereka yang sangat sekejap. Tak seperti idola K-Pop yang memakan masa bertahun-bertahun untuk menyempurnakan bakat mereka sebelum memulakan kehidupan sebagai artis.

Ramai juga yang tunding jari dan mengatakan bahawa sesetengah koreografi ‘Make You Wanna’ ‘menciplak’ tarian yang ditonjolkan oleh Jennie, Rosé, Jisoo dan Lisa dalam lagu ‘Boombayah’.

kumpulan dolla disamakan dengan blackpink

Tonton sendiri video muzik ‘Make You Wanna’ dan nilailah sendiri sama ada DOLLA cuba tiru BLACKPINK.

Sumber: Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...