Sepatutnya sedang berkhidmat dalam ketenteraan, ramai terkejut melihat Song Mino yang tiba-tiba muncul di majlis perkahwinan adiknya di San Francisco, California.
Disebabkan bapa yang baru meninggal dunia pada tahun lalu, ahli WINNER itu dilihat memaut manja lengan Song Dan-ah semasa berjalan laluan ke platform pernikahan.
Meskipun sudah dijelaskan bahawa dia menerima pengecualian daripada latihan ketenteraan kerana menghadiri acara penting ahli keluarga, namun ada yang tertanya-tanya mengapa Song Mino berambut panjang meskipun sepatutnya dalam latihan.
[‼️] muscular_qeen Mother Song IG Stories
MINO and Dana on the dance floor 🕺💃
♥️✨♥️✨♥️✨♥️✨♥️✨♥️✨♥️✨♥️
▶️https://t.co/zqnsaEIwjh#MINO #송민호 @official_mino_ #위너 #WINNER @yginnercircle pic.twitter.com/e2L8hcWVeU
— OLAM – MINO 송민호 (@OnlyLookAtMino) May 28, 2023
Respon YG Entertainment,
Song Mino telah ditapis oleh Pentadbiran Tenaga Manusia Ketenteraan dan telah mendapat kebenaran untuk pengecualian daripada latihan asas ketenteraan.
Untuk pengetahuan, Song Mino menyertai latihan ketenteraan sebagai pekerja sosial dan dilabel sebagai pegawai bantuan gred 4 dan sedang menjalani perkhidmatan alternatif sebagai pekerja sosial di pusat kebajikan.
Dalam pada itu, Song Dan-ah pernah debut sebagai idola dalam kumpulan New.F.O. dan pernah muncul dalam video muzik “Born Hater” kumpulan Epik High. Tahun lalu, wanita itu turut pernah muncul dalam program percintaan “Workplace Romance”.
Ada sebab lah..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉