Ikuti Kami:

Song Kang & Han Sohee Disahkan Bakal Terajui Drama Romantik Adaptasi Webtoon ‘I Know But’

Song Kang & Han Sohee Disahkan Bakal Terajui Drama Romantik Adaptasi Webtoon ‘I Know But’

Memang busy betul Song Kang tahun ini apabila dia kini disahkan bakal bintangi drama romantik “I Know But” bersama Han So-hee.

Diadaptasi daripada webtoon dengan nama yang sama, ia membawa kisah seorang wanita bernam Yoo Na-bi, yang mahu bercinta tapi tidak percayakan cinta dan seorang lelaki bernama Park Jae-Uhn yang merasakan hubungan cinta adalah menyusahkan namun suka mengorat.

Song Kang akan membawa watak Park Jae-uhn yang meskipun sangat baik dan ceria dengan semua namun sebenarnya tak peduli dengan hal orang lain dan bersumpah tak mahu bercinta. Dia merupakan ‘sifu’ dalam kemahiran ‘tarik tali’ dan langsung tidak terbuai dengan emosi. Lelaki itu meletakkan garisan di antara dirinya dan orang lain dan tidak mendedahkan perasaannya tetapi apabila mengenali Yoo Na-bi, timbul keinginan untuk melangkah melepasi garisan itu.

jtbc i know but

Han So-hee pula akan menghidupkan watak Yoo Na-bi di mama selepas melalui pengalaman kejam dan pahit dengan cinta pertamanya, dia langsung tak percaya dengan takdir kini dan berjanji dengan dirinya supaya tidak terbaui dengan perasaan cinta lagi. Namun selepas berjumpa dengan Park Jae-uhn, bagaimanapun, keyakinan wanita itu mula goyah dek kesan magisnya.

Kedua-dua pelakon itu turut meluahkan rasa teruja untuk berlakon dalam drama adaptasi webtoon popular itu, Kalau anda nak tahu, ianya berkemungkinan akan memulakan tayangan pada Jun nanti di JTBC.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...