Ikuti Kami:

Song Kang & Han Sohee Bongkar Kisah Cinta ‘Complicated’ Di Sebalik Siri Netflix ‘Nevertheless’

Song Kang & Han Sohee Bongkar Kisah Cinta ‘Complicated’ Di Sebalik Siri Netflix ‘Nevertheless’

Popular dalam kalangan penonton antarabangsa, “Nevertheless” terus duduk selesa dalam ranking program TV popular di Netflix beberapa negara seperti Malaysia.

Bagi menaikkan lagi keterujaan penonton dengan perkembangan plot drama ini, KimchiDaily berpeluang menjalankan temubual eksklusif bersama Song Kang dan Han So-hee.

Daripada apa yang didedahkan oleh mereka, pastinya anda akan tak senang duduk menantikan pengakhiran hubungan Yoo Na-bi dan Park Jae-eon.

Penonton geleng kepala dek ‘ketelusan’ Park Jae-eon

Apabila ditanya mengenai respon penonton yang paling meninggalkan kesan setakat ini, Song Kang memilih tebakan mereka mengenai perasaan sebenar Park Jae-eon terhadap Yoo Na-bi.

Saya ada terbaca komen mengenai Park Jae-eon yang sepertinya mula menghargai Yoo Na-bi, ‘Park Jae-eon seorang sahaja yang belum menyedari bahawa ini ialah cinta sejati!’. Saya tergelak apabila membacanya kerana memang betul pun. Hanya Park Jae-eon tidak menyedari perasaan sebenarnya walhal yang lain mengetahuinya.

netflix nevertheless

Ihsan dari Netflix

Pelbagai cerita sampingan

Siapa yang menonton “Nevertheless” pastinya turut ‘tenggelam’ dengan perhubungan rakan-rakan di sekeliling Park Jae-eon dan Yoo Na-bi kerana mereka juga menampilkan masalah pelajar yang realistik dan boleh difahami oleh orang ramai.

Bagi Song Kang, dia ingin mengetahui apakah kesudahan watak Bit-na nanti memandangkan gadis itu mempunyai personaliti yang sama dengan Park Jae-eon.

Disebabkan penonton bergurau dan memanggil Bit-na sebagai ‘Park Jae-eon versi wanita’, saya mula menyokongnya tanpa sedar. Seperti pertemuan Park Jae-eon dan Yoo Na-bi yang membuatkan dia mula bermuhasabah diri dan menyedari apa yang dimahukannya, saya berharap agar Bit-na akan mengalami saat kesedaran itu juga.

netflix nevertheless

Ihsan dari Netflix

Buat Han So-hee, setiap perkembangan watak mempunyai cerita yang tersendiri. Jadi, dia tidak sabar untuk menantikan apakah kesudahan setiap daripada mereka.

Suasana kampus menyenangkan

Memaparkan situasi universiti yang realistik, kebanyakan penonton nyata terbuai dengan suasana itu sekaligus membuatkan mereka terasa seperti pelajar juga.

Han So-hee juga nampaknya bersetuju dengan sentimen itu dan mendedahkan bahawa bilik kuliah yang disediakan ternyata sama dengan program ukiran di universiti dalam dunia nyata. Bahkan drama ini juga berjaya menonjolkan keseronokan dan tenaga pelajar univerisiti dengan baik buat tontonan umum.

Tapi lokasi yang paling diingati pelakon wanita ini ialah pub di mana Yoo Na-bi bertemu dengan Park Jae-eon.

Saya sukakan tekanan dan kejanggalan di antara kedua watak itu yang mengenali satu sama lain pada masa lalu tetapi berlakon seperti orang asing dan memilih untuk merahsiakannya.

Keserasian jadi perhatian

Tidak dinafikan bahawa keserasian di antara Song Kang dan Han So-hee memainkan peranan yang besar sehingga “Nevertheless” popular sebegini. Jelas lelaki itu, umur yang sebaya banyak membantu mereka untuk selesa bekerja bersama.

Saya sememangnya seorang yang suka bergurau dan dia sangat pandai bermain bersama, sebab itu kami dapat berkawan dengan cepat.

netflix nevertheless

Ihsan dari Netflix

Song Kang juga tidak menolak peluang untuk bergandingan bersama Han So-hee di dalam naskhah bergenre lain nanti di mana mereka boleh menonjolkan sisi berbeza selain bergembira di hadapan kamera lagi.

Tambah lelaki ini lagi, suasana penggambaran “Nevertheless” sentiasa menyeronokkan. Jadinya mereka semua sentiasa dapat menjiwai watak dengan baik, tanpa sebarang masalah.

Apa itu cinta?

‘Cinta’ sememangnya ramuan utama yang menyapa penonton pada saban episod. Malah Han So-hee memilih dialog berkaitan tema itu sebagai sesuatu yang difahaminya.

Persoalan ‘Apa itu cinta?’ yang membuka episod pertama. Saya rasakan ia sampai ke hati mengenai inti pati drama itu.

netflix nevertheless

Ihsan dari Netflix

Pesanan buat pencinta

Siapa yang merupakan peminat setia “Nevertheless” semestinya menantikan setiap episod drama ini kerana ingin melihat kepelbagaian isu hubungan di dalamnya. Mungkin juga ada antara penonton yang dapat meletakkan diri mereka pada tempat watak berkenaan kerana pernah melalui pengalaman yang sama?

Walaupun Yoo Na-bi sering membuat keputusan yang salah di dalam “Nevertheless”, Han So-hee mempunyai pesanan buat anda yang mungkin melalui masalah yang sama,

Ia mungkin susah kadang-kadang, dan mungkin akan ada pergaduhan tapi ingatlah mengenai pertemuan pertama anda dan hargai satu sama lain.

netflix nevertheless

Ihsan dari Netflix

Popular di Malaysia

Menonjolkan suasana universiti yang mungkin berbeza dengan keadaan di luar negara, Song Kang nyata terkejut dengan perhatian yang diberikan oleh penonton antarabangsa.

Sangat mengagumkan apabila penonton di luar sana dapat memahami dan teruja menonton elemen yang asing ini. Saya berasa bersemangat dengan komen yang ditulis oleh penonton antarabangsa menerusi laman media sosial. Sokongan anda banyak memberikan tenaga buat saya. Saya berasa sangat bersyukur dan saya sangat berharap agar mempunyai peluang untuk berjumpa sendiri dan mengucapkan terima kasih kepada anda pada suatu hari nanti.

Walaupun siri pendek, namun “Nevertheless” sangat bermakna buat Han So-hee dan Song Kang. Jadi, jangan lupa tonton sehingga ke akhirnya di Netflix okay?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...